Saturday, 18 January 2014

Adun Titi Serong sempurnakan majlis korban perdana PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Sempena Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam pada 10 Zulhijjah 1434 Hijrah, PAS kawasan Parit Buntar seperti tahun-tahun sebelum ini, menganjurkan Majlis Korban Perdana pada Hari Raya Aidil Adha pertama di perkarangan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Program Khairulzami Muhammad, program diadakan sejurus selepas solat sunat Aidil Adha yang diimamkan Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husin.

" Selepas selesai khutbah yang disampaikan Ustaz Abu Bakar, urusan penyembelihan lembu korban dijalankan.
" Ustaz Abu Bakar turut menyembelih beberapa ekor lembu, sebelum ke lokasi yang lain untuk menyembelih lembu korban" katanya
 Khairulzami berkata, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan yang membabitkan penglibatan masyarakat sekitar Titi Serong.

“ Program ini bertujuan untuk meninggikan syiar Islam melalui ibadah korban serta mendekatkan PAS Parit Buntar dengan masyarakat melalui sumbangan daging-daging korban.

 
“ Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengingat kembali peristiwa pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika Allah menguji baginda supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Demi ketaatan melaksanakan perintah Allah kedua-duanya sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri” katanya 
 
Menurutnya, urusetia program telah menyediakan penyembelih dan petugas yang akan melaksanakan kerja melapah dan memotong daging korban.
 
“ Secara keseluruhannya segala gerak kerja ini dilakukan berjalan lancar walaupun melibatkan tujuh ekor lembu yang dikorbankan.

“ Agihan daging korban kepada fakir miskin dibuat melalui wakil PAS Cawangan yang hadir mengambil daging korban” katanya

Tambahnya, selain program ibadah korban yang dianjurkan oleh PAS kawasan Parit Buntar. Program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing.

“ PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh PAS Cawangan di tempat masing-masing.

“ PAS Parit Buntar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban Pas Kawasan pada tahun ini” katanya 

 
Sekitar Majlis Korban Perdana PAS Parit Buntar
Majlis Korban di Cawangan

0 comments:

Post a Comment