Majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surautersebut telah
diadakan dalam satu majlis di Masjid Mahyuddin Batu Lima, 7 Julai lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan Abdul Bahrain Desa berkata,
sumbangan itu melibatkan kira-kira 27 buah masjid dan 110 buah surau.
"Sumbangan kepada masjid dan surau ini adalah antara salah satu program
Infaq Ramadhan yang dianjurkan oleh PAS kawasan dengan kerjasama Pusat
Khidmat Parlimen Parit Buntar serta DUN Titi Serong.
"Program seperti ini telah dijalankan setiap tahun hasil daripada sumbangan serta kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Parit Buntar,Dato'Dr Mujahid Yusof Rawa
dalam ucapannya pada majlis tersebut menggesa supaya masjid dan surau di
kawasan itu diimarahkan dengan penganjuran pelbagai program bagi
mendekatkan masyarakat kepada program-program keagamaan dalam bulan yang
mulia ini.
Beliau meminta supaya pintu masjid dan surau dibuka seluas-luasnya agar umat Islam dapat melakukan ibadat di rumah Allah ini.
"Jadikan masjid dan surau sebagai pusat tumpuan ibadah sepanjang Ramadhan ini.
"Galakkan kaum keluarga seramai mungkin mengunjungi rumah Allah ini
untuk berbuka puasa, solat tarawih, bertadarus, berzikir dan bermunajat
kepada Allah SWT.
"Jangan sempitkan ruang masjid hanya untuk bersolat sahaja sebaliknya
banyak ibadah yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan ini." jelas Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat itu.
Dalam majlis itu juga, PAS turut menyerahkan takwim dan buletin Ramadan untuk diedarkan kepada qariah.
Hadis sama ialah Adun Titi Serong Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, Yang
Dipertua PAS Parit Buntar, Ustaz Harun Hashim dan Adun Kuala Kurau,
Abdul Yunus Jamhari.
Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan
0 comments:
Post a Comment