Saturday, 18 January 2014

Ziarah kebajikan bersama Adun Titi Serong


PARIT BUNTAR : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar terus melakukan aktiviti ziarah kebajikan mendekati penduduk yang uzur , sakit dan menghadapi musibah di Parit Haji Yusuf berdekatan pekan Batu Lima di sini pada 15 November lalu. 
 
Naib Ketuanya , Norijan Omar berkata, aktiviti rutin ini lebih bermakna apabila Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husin dan isteri Norain Omar turut serta menyantuni penduduk.
 
 “ Sebelum ini, Adun Titi Serong memang kerap turun padang untuk mendengar masalah dan keperluan rakyat.
 
“ Justeru , pada hari ini Dewan Muslimat mengambil kesempatan untuk bersama beliau menziarahi penduduk di Parit Haji Yusuf” katanya yang ditemui semasa menziarahi rumah seorang penduduk.
 
Norijan berkata, amalan ziarah kebajikan akan terus dijadikan sebagai agenda untuk mendekati rakyat dalam usaha ‘mendengar denyut nadi rakyat’.
 
“  Apabila menziarahi penduduk, kami dapat merasai serta melihatnya sendiri kesusahan hidup mereka.
 
 “Ziarah yang digerakkan bukan sahaja dapat mendekatkan hubungan dengan penduduk, malah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung keluarga miskin" katanya

Sementara itu,  Adun Titi Serong turut menghulurkan sumbangan barangan dapur kepada penduduk yang diziarahi.
 
Beliau kemudiannya, menyempurnakan majlis perpisahan pelajar PASTI Al-Hidayah, Batu Lima yang akan menamatkan pra sekolah di PASTI dan menyambung persekolahan di Tahun Satu.
 
Sekitar Program Ziarah Kebajikan

0 comments:

Post a Comment