Tuesday, 6 August 2013

Adun Titi Serong puji sifat pemurah usahawan


PARIT BUNTAR : Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussin memuji sikap pemurah golongan usahawan di Parit Buntar menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di bulan Ramadhan. 
 
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan seorang usahawan kepada sepuluh orang penduduk di Tebuk Haji Musa.
 
Diiringi Ketua PAS Cawangan Ustaz Ahmad Zaki Haji Hasan dan Ajk PAS Cawangan , Ustaz Abu Bakar telah pergi dari rumah ke rumah penduduk untuk menyampaikan sumbangan .

Bagi Adun Titi Serong itu, kunjungan ke rumah lebih berkesan serta menimbulkan semangat persaudaraan serta dapat melihat lebih dekat lagi akan keadaan tempat tinggal penerima.
 
Sumbangan yang berupa barangan keperluan dapur walaupun tidak seberapa namun ia cukup menggembirakan kepada mereka yang menerimanya. 
 
“ Setiap umat Islam pasti akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam keadaan cukup persediaan.
 
“ Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan.  Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat”katanya
 
Program bantuan dan sumbangan ini adalah antara program yang diaturkan oleh PAS Cawangan Tebuk Haji Musa sempena bulan Ramadhan.
 
Selain dari program ini, Adun Titi Serong berkesempatan bersama penduduk Tebuk Haji Musa bersolat Tarawih , menyampaikan tazkirah Ramadhan dan menikmati more kerang rebus.
 
Sekitar program Adun Titi Serong di Tebuk Haji Musa 
 

0 comments:

Post a Comment