PARIT BUNTAR : Program Cakna Rakyat anjuran
Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong yang diadakan di Surau
Kampung Tengah, Sungai Labu Bawah pada 4
Mei mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat .
Penyelaras program , Hamdan Fadel Ahmad
berkata, program yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim
mendapat kerjasama yang cukup baik daripada penduduk tempatan.
“ Semangat gotong royong yang ditunjukkan
oleh anggota masyarakat tempatan amat baik sekali.
“ Masing-masing bekerja keras menjayakan
program ini, terutamanya kaum wanita yang memasak makanan” katanya ketika
ditemui semasa program.
Hamdan berkata, pertandingan mewarna dan sukaneka disediakan
sepanjang program tersebut yang bermula awal pagi sehingga petang.
“ Pertandingan mewarna diadakan untuk
beberapa kategori membabitkan murid pra sekolah sehingga tahun enam
" Selain itu, diadakan acara
sukaneka seperti boling kelapa, balingan kasih dan kapal terbang laju"
katanya
Beliau
berkata, kaunter khidmat kesihatan juga dibuka untuk masyarakat di sini
memeriksa tahap tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta nasihat kesihatan.
" Kaunter khidmat kesihatan yang dibuka mendapat sambutan sangat mengalakkan dari penduduk terutama warga emas.
“Seramai
lima orang doktor termasuk seorang doktor pakar telah memberikan khidmat secara
percuma merawat mereka"katanya
Katanya, program
Cakna Rakyat hari ini amat meriah dengan kehadiran Adun Titi Serong Ustaz Abu
Bakar Hussain bersama isteri yang turut menyertai sukaneka bersama penduduk
“Ustaz Abu Bakar Hussain telah menyampaikan
hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan sukaneka.
“ Beliau juga menyampaikan sumbangan berupa
barang keperluan kepada sepuluh orang penduduk dan saguhati kepada dua orang
guru al-Quran” katanya
Sementara itu, Adun Titi Serong Serong Ustaz Abu Bakar Hussain semasa menyampaikan
ucapan penutup memuji usaha penduduk menjayakan program cakna rakyat tersebut.
“ Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk
terutama Pengerusi Surau Haji Sharif Awang yang banyak membantu sehingga terlaksananya
program ini.
“ Selain terhibur dengan aksi peserta
sukaneka, program hari ini mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita”
katanya
Turut hadir dalam program ini adalah Yang
Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua, Abdul Bahrain
Desa serta Ketua PAS Cawangan Sungai Labu Bawah Mohd Fozi Abu Hassan
Sekitar Program Cakna Rakyat
0 comments:
Post a Comment