PARIT
BUNTAR : Kira-kira 135 pelajar sekolah
menerima pakaian seragam sekolah dalam program ' Back To School ' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar
dan Dun Titi Serong dengan kerjasama Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar di Pasar
raya Hari-Hari Parit Buntar.
Kesemua
pelajar pelbagai kaum berkenaan terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga
kurang berkemampuan dari seluruh Parit Buntar.
Setiausaha
Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, program itu
bertujuan memberi semangat dan menceriakan pelajar terbabit sebelum memulakan
sesi persekolahan 2014.
“ Selama tiga hari iaitu pada 25, 26
dan 28 Disember telah diambil bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada
pelajar memilih sendiri pakaian seragam sekolah termasuk kasut dan beg.
“ Kami
mahu pelajar-pelajar ini merasai sendiri keseronokan membuat persiapan
persekolahan” katanya Adnan berkata, kenaikan harga barang ditambah lagi dengan kemiskinan keluarga membuatkan pihaknya mengambil inisiatif membantu pelajar terbabit untuk meringankan beban keluarga mereka
“Kita membantu ibu-bapa yang kurang berkemampuan bagi penyediaan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka sebagai salah satu khidmat masyarakat sejak bertahun lalu.
“Ini bagi membolehkan anak-anak mereka tidak merasa terpinggir akibat kekurangan kelengkapan persekolahan sepertimana kanak-kanak lain apabila mula bersekolah kelak,” katanya
Sementara itu, Ahli Parlimen
Parit Buntar Dato’ Sr Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar
Hussain serta pimpinan PAS Parit Buntar telah meluangkan masa menyantuni
pelajar-pelajar ini memilih pakaian sekolah .
“Tetapi sekiranya proses pendidikan itu tidak dapat berjalan lancar akibat kekurangan kelengkapan persekolahan, bagaimana murid terbabit boleh belajar dengan sempurna dan memperoleh keputusan cemerlang.
“
Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, kemiskinan dan kekurangan keluarga bukan
halangan untuk mencapai kejayaan pada masa depan kerana semua pihak sentiasa
memberi sokongan kepada mereka” katanya
Manakala,
Ust.
Abu Bakar Hussain pula berharap sumbangan ini akan menyuntik semangat kepada
pelajar untuk belajar dan berjaya
"
Apa yang ingin kami berikan sebenarnya bukan sekadar pakaian serta barang
kelengkapan persekolahan tetapi kasih sayang kepada anak yatim.
“
Kami akan menemani mereka untuk membeli dan memilih pakaian yang bersesuaian
agar mereka dapat merasai sendiri bagaimana rakan-rakan mereka yang lain saban
tahun ditemani oleh ayah atau ibu tersayang bagi membeli barangan keperluan
sekolah” katanya
0 comments:
Post a Comment