Saturday, 18 January 2014

Adun Titi Serong rasmi Program Sunaton


PARIT BUNTAR : ADUN Titi Serong Ust Abu Bakar Hussain telah merasmikan program sunaton anjuran Dewan Pemuda PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Titi Serong yang diadakan pada 1 Disember di Pusat Tarbiyah PAS Sungai Betul di sini. 
 
Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Dr Mahyudin Ibrahim berkata, program itu merupakan salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan pihaknya pada musim cuti persekolahan pada hujung tahun.
 
Dr Mahyuddin berkata , majlis itu diadakan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang mahukan kesihatan setiap umatnya berada dalam keadaan yang terbaik.
 
"Kami mendapat bantuan doktor sukarela yang menawarkan khidmat mengkhatan peserta program sunaton ini.
 
" Kerjasama juga diterima dari PAS Cawangan Sungai Betul Bawah yang menjadi tuan rumah kepada program ini"katanya
 
Dr Mahyuddin berkata, kerjasama itu bukan sahaja untuk memupuk semangat perpaduan, malah sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan keluarga terutama yang berpendapatan rendah dalam mengkhatankan anak masing-masing pada musim cuti persekolahan ini. 
 
"Kalau kita menghantar anak-anak untuk berkhatan di hospital ataupun di klinik-klinik swasta, mungkin ada di kalangan keluarga yang tidak mampu membayar kos berkhatan ini. 
 
"Sebab itulah dengan melalui program seumpama ini sedikit sebanyak ia dapat membantu masyarakat kita untuk menyertainya. Saya juga akan memastikan program seumpama ini diteruskan dari semasa ke semasa demi untuk kepentingan masyarakat kita,"ujarnya.
 
Katanya , ADUN Titi Serong juga telah menyampaikan nasihat berguna kepada peserta sebelum mereka disunatkan.

0 comments:

Post a Comment