PARIT BUNTAR : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain telah mengadakan ziarah muhibbah ke Pekan Rabu di Batu Lima untuk bertanya khabar golongan peniaga serta masyarakat sekitar yang mengunjungi pasar tersebut.
Beliau sempat berbual bersama peniaga bertanyakan tentang masalah yang mereka hadapi. Para peniaga menyambut baik usaha yang dilakukan oleh beliau yang prihatin masalah peniaga dan pengguna.
Turut sama mengiringi beliau melawat pasar sehari tersebut ialah ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari, Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar,Hairul Nizam Ishak serta pimpinan PAS di Cawangan Parit Tok Ngah Darat.
Selepas kira-kira sejam lawatan muhibbah tersebut, Abu Bakar sempat
juga menziarahi beberapa pesakit serta warga emas di kawasan tersebut.
Pesakit yang beliau ziarahi adalah pesakit lumpuh, angin ahmar, Orang
Kurang Upaya (OKU) serta warga emas yang uzur.
Disamping ziarah dan
mendoakan kesejahteraan pesakit, beliau turut menyampaikan sumbangan
bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka.
Ustaz Abu Bakar bersalaman dengan anak muda yang berniaga di pekan sehari
Ustaz Abu Bakar sempat membeli barang dari peniaga
Menziarahi warga emas yang uzur suami dan isteri di Parit Tok Ngah Darat
0 comments:
Post a Comment