PARIT BUNTAR : Satu kejadian ribut aneh melanda beberapa rumah di Taman Kerian, di sini
dan menyebabkan lima rumah mengalami kerosakan bumbung dalam kejadian
jam 12.35 tengah hari kelmarin.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, kejadian ribut tersebut dianggap aneh kerana berlaku secara tiba-tiba tanpa kehadiran angin kencang malah cuaca ketika itu panas.
Menurutnya, kejadian ribut seperti itu pernah berlaku pada April dan Oktober 2012 dan tahun lalu serta pernah dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.
“Berdasarkan apa diberitahu mangsa, kami dimaklumkan kejadian ribut seakan-akan puting beliung itu berlaku tidak sampai lima minit dan menyebabkan kerosakan teruk pada bumbung rumah mereka.

Beliau yang ditemani Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain turut menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa terlibat.
Hamdan Fadel berkata, disebabkan ribut sering berlaku di kawasan tersebut, pihak bertanggungjawab digesa mencari kaedah untuk mengawal pergerakan angin lintang di situ bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Menurutnya, fenomena angin lintang sering terjadi di taman itu berikutan kekurangan pokok penahan yang berfungsi menahannya daripada melalui kawasan perumahan terlibat.
“Berikutan kejadian itu, saya menasihatkan semua mangsa ribut supaya membuat laporan polis bagi memudahkan agensi kerajaan terlibat menyalurkan bantuan,” katanya.
Sementara itu, Abu Bakar berkata, terdapat dua rumah penduduk terlibat yang dikenal pasti mengalami kerosakan teruk.
Menurutnya, agensi kerajaan terlibat perlu bertindak pantas memberikan bantuan kecemasan apabila menerima aduan mangsa ribut.
“Mangsa ribut perlu memberikan maklumat segera kepada agensi kerajaan terlibat dan memohon bantuan mengikut prosedur ditetapkan agensi kerajaan terbabit.
“Sementara itu, agensi kerajaan terlibat pula perlu segera memberi bantuan bagi kerja-kerja baik pulih bumbung bagi mengelakkan rumah mangsa dimasuki air jika hujan,” katanya.
Abu Bakar berkata, bagi meringankan penderitaan mangsa ribut, pihaknya dan Pas cawangan Taman Kerian menyalurkan bantuan kewangan hasil kutipan derma kilat dianjurkan sebelum ini.
“Saya turut bersyukur kejadian ribut aneh yang kerap berlaku di Taman Kerian, hanya merosakkan lima rumah penduduk berbanding lebih 20 buah rumah pada Oktober 2012,” katanya.SH
0 comments:
Post a Comment