Saturday, 18 January 2014

Ambil manfaat kelebihan Hari Asyura - Ustaz Abu Bakar Hussain


PARIT BUNTAR : Umat Islam diminta mengambil manfaat daripada kemulian Hari Asyura  kerana Hari Asyura mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Demikian kenyataan Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain semasa menyampaikan ceramah dalam majlis sambutan Hari Syura anjuran Jentera Muslimat PAS MTD Kuala Kurau pada 17 November di Markas MTD Kuala Kurau, Batu 13 .
“ Kita disunatkan berpuasa pada Hari Asyura bermula 9 dan 10 Muharam kerana banyak hadis menyebut tentang kelebihan berpuasa di Hari Asyura antaranya menghapuskan dosa setahun.
 
“ Ini adalah diantara anugerah Allah kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan” katanya
 
Ustaz Abu Bakar berkata,  Hari asyura adalah hari kebesaran umat Islam yang mencatatkan pelbagai peristiwa penting yang bersejarah berlaku pada tarikh 10 Muharram.
 
“Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram ,merupakan hari yang begitu penting dalam kalendar sejarah umat Islam. 
 
“ Jika dilihat kepada bulan Muharram itu sendiri , ia merupakan bulan yang mulia di sisi umat Islam . Marilah kita mengambil manfaat daripada kemuliaan hari asyura, dan mudah-mudahan Allah merahmati kita semua dalam berusaha mendampingi-Nya” katanya 
 
Menurut Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Parit Buntar, Norijan Omar, Jentera Muslimat PAS MTD Kuala Kurau menganjurkan Majlis sambutan Hari Asyura melibatkan ahli-ahli muslimat PAS dalam Dun Kuala Kurau.
 
“ Sebelum ceramah, muslimat PAS telah bergotong royong memasak bubur asyura bermula dari penyediaan bahan-bahan dan mengacau bubur sehingga masak.
 
“ Kemudiannya, Ustaz Abu Bakar menyampaikan ceramah kepada lebih 100 orang muslimat yang hadir” katanya yang ditemui semasa program. 
 
Norijan berkata, aktiviti sebegini mampu mengikat ukhuwwah antara muslimat PAS disamping mendapat ilmu hasil pengisian yang disampaikan Adun Titi Serong.
 
Sementara itu, Ustaz Abu Bakar Husain juga memenuhi permintaan PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah yang turut mengadakan majlis sambutan Hari Asyura.
 
Ustaz Abu Bakar turut mengambil kesempatan mengacau bubur asyura yang dimasak oleh ahli PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah dan jamaah Surau Mujahiden .
 

0 comments:

Post a Comment