PARIT BUNTAR : Pengusaha
padi di kawasan Kerian semakin menzahirkan rungutan mereka berikutan kenaikan
kos aktiviti persawahan yang semakin tinggi.
Kenaikan harga bahan api
serta input pertanian seperti racun dan baja telah meletakkan petani sawah semakin
terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
ADUN Titi Serong ,Ustaz
Abu Bakar Bin Hussain semasa melakukan tinjauan dan berdialog bersama pesawah
mengakui keadaan itu.
“ Kesan peningkatan kos
pengeluaran yang meningkat ini telah memberi kesan yang besar kepada keluarga
tani yang mengusahakan sawah di bawah 3 hektar.
“ Ini ditambah pula dengan
kebanyakan petani yang majoritinya melebihi umur 50 tahun ini bergantung sepenuhnya
kepada pendapatan melalui kerja sawah” katanya
Ustaz Abu Bakar berkata, rungutan
ini membimbangkan kerana ia berkaitan dengan pengusaha yang terlibat di dalam
menghasilkan tanaman keselamatan negara.
“ Saya mendesak kerajaan
memberi perhatian serius dalam isu peningkatan kos pengeluaran persawahan ini.
“ Kerajaan sepatutnya menaikkan
segera harga padi dari RM1070 sekarang kepada
RM1350/ tan” tegasnya
Beliau juga meminta
kerajaan menaikkan pemberian subsidi jualan padi yang masih tidak dinaikkan sejak
hampir 30 tahun.
“ Saya juga mendapat
makluman dari petani yang mahu Kementerian Pertanian Asas Tani menilai kembali
pemberian insentif input seperti racun dan baja foliar supaya ianya benar-benar
mampu meningkatkan hasil padi serta sesuai dengan persekitaran tanaman padi di
Kerian.
“ Mereka mencadangkan pemberian
insentif input seperti racun dan baja foliar ditukar kepada penambahan subsidi
jualan padi dan menaikkan harga padi” katanya
Tambahnya, ini mememberi
ruang kepada petani untuk memilih sendiri input yang digunakan sesuai dengan
keperluan tanaman padi di sawah mereka.
ADUN Titi Serong itu
ditemui semasa meninjau hasil padi pesawah di Kedai Empat pada 27 Disember
lalu.
Sementara itu, Ketua
Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Tiang,
Zulkhefly Asmawi,
54, berharap kerajaan memberi perhatian serius terhadap masalah petani sawah.
“ Petani sangat tertekan
dengan kenaikan input pertanian seperti baja dan racun sedangkan harga padi
tidak naik, ditambah pula dengan kenaikan harga barang.
“ Padi adalah tanaman
keselamatan, jika petani berdepan dengan masalah, maka industri tanaman padi
ini juga akan menghadapi masalah” katanya
0 comments:
Post a Comment