Friday, 1 August 2014

Lawatan muhibah ke Hospital Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Masyarakat Islam di negara ini sedang melalui fasa pertengahan bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan umat Islam sangat digalakkan untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti ibadah dan perbuatan baik.
 
Sehubungan itu, PAS Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena Ramadhan pada 15 Julai bersamaan 17 Ramadhan.
 
Rombongan ini diketuai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa bersama ADUN Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussain , ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari , Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa.
 
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, menziarahi pesakit merupakan satu amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam ajaran Islam. 
 
“ Selain ibadah khusus yang dilakukan di bulan Ramadhan, Islam juga amat menitikberatkan sifat belas ihsan serta hubungan silaturrahim dan tolong-menolong di kalangan setiap anggota masyarakat di dalam bulan yang mulia ini. 
 
“ Secara khususnya, Islam sangat menggalakkan umatnya menziarahi orang yang sedang sakit sama ada terlantar di hospital ataupun di rumah” katanya ketika ditemui semasa program lawatan tersebut
 
Dr Mujahid memberitahu, kedatangan rombongan mereka telah disambut mesra oleh pihak hospital dan memberi kerjasama  membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita.
 
“ Di samping menyantuni pesakit , pihak kami telah mengagihkan sumbangan kepada 47 pesakit pesakit wad dewasa dan kanak-kanak.
 
" Kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan sumbangan sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya
 
Sementara itu, Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain yang ditemui dalam temubual bersama wartawan berkata, program ini merupakan acara tahunan sempena bulan Ramadhan.
 
" Program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini. 
“ Saya harap lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan pemimpin bersama masyarakat khususnya pesakit-pesakit hospital yang amat memerlukan perhatian” katanya
 
Turut serta bersama rombongan ini ialah isteri kepada ketiga-tiga wakil rakyat, Ajk Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.
Sekitar ziarah hospital

0 comments:

Post a Comment