Saturday, 10 May 2014

ADUN Titi Serong lancar papan tanda PAS Cawangan Parit Haji Wahab Darat


PARIT BUNTAR : PAS Kawasan Parit Buntar mengorak langkah meningkat imej parti berkenaan di peringkat cawangan apabila memperkenalkan papan tanda PAS Cawangan yang seragam. 
 
Pengerusi Lujnah Pemerkasaan Parti PAS Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, semua PAS Cawangan telah diminta memasang papan tanda seragam untuk cawangan masing-masing.
 
“ Kami menyahut seruan Lujnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat yang mahu setiap cawangan PAS mempunyai papan tanda.
 
“ Sejak awal Februari , PAS Cawangan telah mula membuat tempahan papan tanda yang menggunakan rekabentuk seragam.” katanya
 
Adnan berkata, PAS Cawangan menggunakan dana kewangan PAS Cawangan sendiri  bagi menampung kos menempah papan tanda berkenaan.
 
“ PAS Cawangan berusaha mencari dana sendiri  kerana PAS tidak seperti parti lain yang menaja papan tanda untuk cawangan parti mereka. 
 
“ Papan tanda yang diusahakan sendiri oleh PAS Cawangan akan lebih  dihargai ahli PAS di cawangan  serta dijaga dengan baik” katanya
 
Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain memuji usaha PAS Cawangan di Parit Buntar yang telah memasang papan tanda seragam di cawangan masing-masing.
 
 “ Papan tanda merupakan syiar bagi PAS dan pemasangannya dapat menarik lebih ramai ahli serta komitmen ahli sedia ada dalam bergerak dan meneruskan iltizam memantapkan parti.
 
“ Saya berharap papan tanda ini memberi momentum dan impak yang berkesan kepada PAS Cawangan untuk terus aktif mengerakkan aktiviti” katanya yang ditemui semasa melancarkan papan tanda PAS Cawangan Parit Haji Wahab Darat pada 18 Mac lepas.
 
Ketua PAS Cawangan Parit Haji Wahab Darat , Abdul Wahab Arbain berkata, papan tanda tersebut dipacakkan di tempat yang paling strategik yang menjadi laluan penduduk tempatan.
“ Papan tanda ini mendapat respon positif daripada masyarakat setempat kerana reka bentuk yang menarik “ katanya
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Parit Buntar kerana telah melaksanakan usul yang di bawa oleh PAS Cawangan berkenaan.
 
“ PAS Cawangan kami telah mengusulkan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan agar setiap PAS Cawangan di Parit Buntar mempunyai papan tanda yang seragam" katanya

0 comments:

Post a Comment