Saturday, 10 May 2014

Gotong royong bersama penduduk ganti bumbung baru di Tebuk Haji Musa


PARIT BUNTAR : Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar terus menabur bakti kepada masyarakat dengan bergotong royong memperbaiki dan menganti bumbung rumah seorang penduduk di Tebuk Haji Musa di sini.

Setiausahanya Adnan Abd Rahman berkata, Lujnah Kebajikan dengan kerjasama PAS Cawangan Tebuk Haji Musa dan Unit Amal Parit Buntar mengambil inisiatif bergotong royong kerana prihatin terhadap keadaan bumbung rumah milik Zakaria Che Man, 66 yang bocor.
" Kami telah bersama-sama mengantikan zink rumah yang reput dan bocor dengan zink yang baru.
“ Kos untuk mengantikan bumbung rumah ini telah disumbangkan oleh Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar " Katanya ketika ditemui semasa majlis gotong royong berkenaan pada 24 Mac lalu.
 
Adnan berkata , seramai 12 orang penduduk kampung, 4 anggota Unit Amal dibantu seorang tukang rumah tempatan telah menyiapkan penukaran bumbung lama dengan zink yang baru.

“ Gotong royong ini bermula dengan menanggal zink lama yang uzur dan bocor , kemudian diganti dengan zink baru

“ Sebanyak 40 keping zink baru telah digunakan untuk memasang sebahagian bumbung rumah Pak Cik Zakaria Che Man “ katanya

Pemilik rumah , Zakaria Che Man mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat membantu memperbaiki dan memasang zink baru di rumahnya.

" Pak Cik telah memohon bantuan di Pejabat Wakil Rakyat kerana Pak Cik tidak mampu untuk menukar bumbung rumah Pak Cik yang sudah reput dan bocor
“ Syukurlah pada hari ini, pihak PAS telah memberi bantuan menukar bumbung lama dengan baru.” katanya

Gotong royong ini turut disertai ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan Ketua PAS Cawangan Ustaz Ahmad Zaki Haji Hassan
Sementara itu, ADUN Titi Serong Ust. Abu Bakar memuji usaha bergotong royong yang dilakukan Lujnah Kebajikan dan PAS Cawangan Tebuk Haji Musa kerana bergotong royong akan menjimatkan kos disamping mengeratkan tali silaturrahim.
" Budaya bergotong royong adalah budaya turun temurun masyarakat Melayu yang semakin lama semakin ditinggalkan.
“ Memandang PAS bukanlah sebuah kerajaan, maka budaya ini cukup penting dipraktikkan supaya perbelanjaan dapat dijimatkan" Katanya.

0 comments:

Post a Comment