PARIT BUNTAR : Kehadiran lebih 500 ibu bapa dan ahli
keluarga memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing memeriahkan
Kejohanan Sukaneka Pasti Kawasan Parit Buntar yang
diadakan di Dataran Purnama , Kampung Kedah pada 27 April.
Pengerusi
Pasti Parit Buntar Hasan Kamaruddin
berkata, sambutan hebat ibu bapa pelajar Pasti sesuai dengan objektif
penganjuran sukaneka Pasti untuk mengeratkan hubungan silaturahim
antara pelajar Pasti, ibubapa dan pengurusan Pasti Parit Buntar.
“ Penganjuran sukaneka ini juga bertujuan
untuk menambahkan minat anak-anak untuk terus menuntut ilmu di Pasti dan
merangsang minda kritis serta kreatif anak-anak Pasti.
“Disamping sebagai salah
satu cara untuk mempromosikan Pasti kepada masyarakat umum” katanya yang
ditemui selepas program berkenaan.
Hasan
berkata, sukaneka tersebut telah bermula pada pukul 8.00 pagi
dengan dimulai dengan perarakan perbarisan daripada setiap kontinjen
Pasti yang bertanding .
“ Seramai 410 pelajar dari sepuluh buah Pasti dalam
kawasan Parit Buntar telah bersaing bagi 6 acara permainan yang telah
dipertandingkan.
“
Acara-acara
individu yang dilangsungkan adalah lari pecut 30 m dan isi air dalam botol.
Manakala acara berkumpulan pula melibatkan acara susun huruf (Arab, Rumi, Nombor),
lari membawa bola, susun gelong dalam kon, dan susun cawan.”
katanya
Beliau berkata, ibu bapa dan ahli keluarga turut berpeluang untuk bersaing dalam acara yang
dipertandingkan.
“ Acara bapa melibatkan acara
lari membawa anak, kaum ibu pula bertanding dalam acara isi air dalam botol.
“ Manakala acara kanak-kanak
lelaki ialah menggelecek bola dan kanak-kanak perempuan pula susun gelong dalam
kon” katanya
Katanya, semua acara berlangsung dengan
jaya dan tersusun hasil bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta
Ameerah.
“Pasti Al Munir, Taman Murni telah
dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Naib Johan disandang oleh Pasti Al
Mu'tasim, Jalan Terusan dan ketiga ialah Pasti An-Nur, Taman Kerian Permai.
“Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Adun Titi Serong Ustaz Abu
Bakar Hussain dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang." katanya
Sementara itu, Adun
Titi Serong dalam ucapan perasmian penutup merakamkan ucapan terima kasih atas
sokongan dan kehadiran ibu bapa untuk menjayakan temasya sukaneka kali ini.
“ Kerjasama ibu bapa menjayakan program ini amat dihargai ,
semoga akan diteruskan pada masa akan
datang”.
“
Penglibatan ibubapa yang membantu dan terlibat menyertai acara sukaneka juga harus diberi pujian” katanya
Sekitar Sukaneka PASTI Parit Buntar
0 comments:
Post a Comment