Wednesday, 19 March 2014

ADUN Titi Serong bersama petani tuntut kenaikan harga padi

PARIT BUNTAR : Kempen memungut tandatangan petani dari seluruh negara bagi menuntut kenaikan harga lantai padi dijalankan Bela Tani Malaysia kini semakin memuncak apabila sebanyak 7000 tandatangan dikumpul dalam tempoh sebulan. 
 
Pengerusinya, Mohd Sobri Said berkata, kempen jelajah penerangan terhadap tuntutan harga lantai padi dijalankan di tiga negeri meliputi Kedah, Pulau Pinang dan Perak mendapat sokongan golongan petani.
 
Menurutnya, perjuangan menuntut kenaikan harga lantai padi sebanyak RM 1.35 perkilogram daripada harga di selaras kerajaan iaitu RM 1.20 perkilogram akan dijalankan sehingga mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Pusat.
 
“ Objektif perjuangan kami adalah menuntut jawapan kementerian saranan menghapuskan peranan orang tengah yang terlibat dalam urusan pembelian hasil padi 
 
“ Dalam isu ini, kementerian tidak menjelaskan pihak mana dimaksudkan sebagai orang tengah dalam urusan itu. Manakala bagi petani, peranan orang tengah seperti broker dan pengusaha padi memberi lebih kebaikan berbanding keburukan” katanya
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat dan Dialog Khas Tuntutan Kenaikan Harga Padi bersama Bela Tani dan Badan Bertindak Pesawah Malaysia di Markas Pas Titi Serong di sini, kelmarin.
 
Hadir sama Pengerusi Badan Bertindak Pesawah Malaysia Mohd Fuad Yaacob dan Adun Titi Serong , Abu Bakar Hussain.
 
Mohd Sobri berkata, petani turut membantah padi ditetapkan pada harga mandatori RM 1,200 pertan metrik bukannya RM 1350 pertan metrik seperti ditetapkan sewaktu negara mengalami krisis kemasukan beras import pada tahun 2008.
 
Jelasnya, kenaikan harga lantai padi tidak menyebabkan kenaikan harga beras berikutan ia sudah dinaikkan sejak tujuh tahun lalu.
 
“ Jika takut harga beras naik, mengapa kerajaan tidak menambah subsidi harga padi ? Selain itu, kami turut menuntut agar pemutuan beras diletakkan pada tahap siling 18 peratus” katanya
 
Beliau berkata, selama ini kilang swsata bersetuju dengan  idea itu, namun hasrat berkenaan dihalang kawal  selia jika  potongan kurang kerajaan terpaksa mengeluarkan  lebih banyak subsidi berdasarkan berat padi kepada petani yang mengeluarkan hasil berkualiti.SH
 
Sekitar Majlis  Taklimat dan Dialog Khas bersama Bel Tani
 

0 comments:

Post a Comment