Saturday, 10 May 2014

Bantuan ribut di Parit Tok Ngah


PARIT BUNTAR : Penduduk di Parit Tok Ngah dikejutkan dengan kejadian ribut kencang pada 16 April yang memusnahkan sebuah rumah penduduk dan mengakibatkan kerugian kepada mangsa.

Pegawai Khas ADUN Titi Serong Zainuddin Osman berkata,  rumah warga emas Ajmi Mohamed mengalami kemusnahan teruk akibat bumbung yang terbang dibawa angin.

“ Kejadian itu berlaku pada waktu  malam di mana berlaku ribut kencang beserta hujan sehingga pokok tumbang berhampiran rumah mangsa ribut.

“ Sebahagian besar bumbung rumah diterbangkan angin dan merosakkan perabut rumah Pak Cik Ajmi” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian semalam. 

 
Zainuddin berkata, beliau dan ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain yang menerima maklumat dari seorang penduduk  segera melawat rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kerugian mangsa.
 
“ Kami bersyukur kerana ribut kencang ini tidak memusnahkan rumah penduduk yang lain di Parit Tok Ngah 
 
“ Kami juga bersyukur Pak Cik Ajmi yang sudah uzur dan seorang anaknya yang tinggal bersamanya selamat dari sebarang kemalangan semasa kejadian” katanya
 
ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, beliau bersimpati dengan kejadian itu dan berharap agensi kerajaan bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.

“ Saya bersimpati dengan tuan rumah yang kehilangan hampir keseluruhan bumbung rumah.
 
“ Bantuan dari agensi kerajaan bertanggungjawab perlu diberikan secepat mungkin sebaik menerima laporan kejadian ini” katanya

ADUN Titi Serong juga mengingatkan kepada mangsa ribut bahawa kejadian yang berlaku merupakan satu ujian dan berharap mereka tabah mengharunginya.

0 comments:

Post a Comment