Saturday, 10 May 2014

Bantuan ribut di Sungai Labu Atas


PARIT BUNTAR : Hujan lebat bersama ribut kencang yang berlaku pada 5 Mei, telah menerbangkan hampir keseluruhan bumbung sebuah rumah penduduk di Sungai Labu Atas

Pegawai Khas Adun Titi Serong Zainudin Osman berkata, rumah Mat Yusuf Lat rosak teruk pada bahagian bumbung setelah diterbangkan ribut, selain kerosakan di beberapa bahagian rumah
 
 “ Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang, tiba-tiba ribut kuat bertiup disusuli hujan lebat.
 
“ Hujan dan ribut kencang yang berlaku memang lain dari biasa serta menakutkan. 

Bayangkan, bagaimana bumbung dan siling rumah boleh diterbangkan ribut” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian semalam.
 
Zainuddin berkata, beliau , ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain dan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa yang menerima maklumat dari seorang penduduk  segera melawat rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kerugian mangsa.
 
“Pejabat kami juga sedang mengumpul data jika ada rumah lain yang dilanda ribut di kawasan ini. 
 
“Berdasarkan maklumat diterima setakat ini, hanya sebuah rumah yang rosak akibat ribut berkenaan “ katanya 

Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan berharap agensi kerajaan bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.

“Saya meminta mangsa bersabar dan menasihatkannya melaporkan kepada agensi kerajaan bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya bagi membantu mangsa.
 
“ Beberapa hari ini, hujan lebat dan ribut kerap terjadi . Saya  harap penduduk di Parit Buntar mengambil langkah selamat jika berlaku kejadian ribut kencang” katanya

0 comments:

Post a Comment