This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 1 August 2014

Iftar perdana rai anak yatim


 
PARIT BUNTAR : Seramai 250 anak yatim diraikan dalam satu majlis iftar perdana anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau. 
 
Anak-anak yatim dari seluruh Parit Buntar ini dilihat gembira kerana berkesempatan menikmati Syawal dengan lebih meriah.
 
Pengarah program, Khairulzami Muhamad berkata, turut merasai kegembiraan diraikan ialah guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar (DHPP), murabitun dan wartawan tempatan.
 
“ Kedatangan Syawal tahun ini pasti disambut ceria anak yatim yang menerima sumbangan berupa barangan sekolah dan duit raya, selain menerima sumbangan makanan segera ayam goreng dan aiskrim.
 
“ Diharapkan sumbangan ini akan menjadi lebih bermakna kepada anak-anak yatim dan semoga sambutan hari raya nanti akan lebih ceria," katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Perdana bersama anak yatim pada 25 Julai di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam ucapannya memberitahu Majlis Iftar Perdana ini adalah kemuncak bagi  program ehya’ Ramadhan yang merangkumi program sumbangan pengimarahan masjid dan surau,pesakit hospital, fakir miskin, murabitun dan guru Al-Quran serta iftar perdana bersama-sama anak yatim. 
 
“ Kemuncak program ehya’ Ramadhan di Parit Buntar adalah meraikan insan yang istimewa iaitu anak-anak yatim yang kita raikan pada hari ini.
 
 “Setiap kali Ramadhan, anak-anak yatim ini kami raikan bagi memberi sedikit kegembiraan mereka yang tidak bersama ayah atau ibu menyambut hari lebaran ” katanya
 
Dr Mujahid berkata, selama sebulan Ramadhan PAS Kawasan Parit Buntar bersama tiga wakil rakyat mengambil peluang melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dalam bulan yang mulia dan penuh berkat.
 
“Gerak kerja mencari dana bagi program Ramadhan ini telah bermula sejak bulan Jun yang lalu.
“Setiap jawatankuasa PAS yang terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Urusan Ulama’ termasuklah Ahli Parlimen, Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari diminta mencari dana bagi menjayakan program ini” katanya
 
Majlis tersebut telah dihadiri ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain , ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat Aida Yusuf, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengerusi Dana Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa.
 
 Sekitar Majlis Iftar Perdana 












Sumbangan fakir miskin menjelang Syawal


 
PARIT BUNTAR : Seramai 360 orang fakir dan miskin daripada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Parit Buntar dirai dengan pemberian sumbangan sempena hari raya yang bakal menjelang tiba.
 
Majlis penyerahan sumbangan diadakan di dua lokasi  iaitu di Dewan Tuan Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong bagi DUN Titi Serong dan di Markas MTD Kuala Kurau, Batu 13 bagi DUN Kuala Kurau pada 19 dan 20 Julai.
 
Pengarah Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa berkata, majlis anjuran PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar , DUN Titi Serong  dan DUN Kuala Kurau ini adalah diantara beberapa program yang diatur oleh Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar bagi membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan.
 
“Seramai 200 orang fakir miskin dalam DUN Titi Serong dan 160 orang fakir miskin dalam DUN Kuala Kurau menerima bantuan berbentuk wang tunai dan beras.
 
.”Hari ini kita mengumpulkan fakir miskin dan memberikan bantuan, untuk meringankan beban mereka menghadapi bulan Ramadhan ini,”katanya ketika ditemui selepas majlis di Titi Serong.
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa , ADUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Hussain dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari yang berusaha mengumpul dana Ramadhan dari dalam dan luar kawasan Parit Buntar. 
 
“Saya juga ucapkan terima kasih kepada Pegawai di Pejabat Parlimen dan DUN Titi Serong, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang turut berusaha mencari dana Ramadhan pada tahun ini.
 
“ Hasil kerjasama wakil rakyat dan semua yang terlibat, pihak jawatankuasa berjaya membuat penambahbaikan untuk program ehya’ dan infaq Ramadhan tahun ini” katanya
 
Sementara itu, ADUN Titi Serong Ust Abu Bakar Hussain dalam ucapannya semasa program mengajak umat Islam miskin dan kaya bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kerana Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. 
 
“ Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama saling lengkap melengkapi di mana orang yang kaya membantu yang miskin.
 
Orang miskin dan orang kaya itu saling bantu membantu dan saling perlu memerlukan di dalam menegakkan sistem hidup bermasyarakat” katanya
 
ADUN Titi Serong berkata, Ramadhan menimbulkan keinsafan kepada mereka yang tidak bernasib baik dari kalangan fakir dan miskin.
 
“ Mereka menimbulkan keinsafan lalu memberi ruang untuk orang kaya berbakti dan membela nasib mereka. 
 
“ Alangkah hebatnya bulan Ramadhan dengan keberkahannya membuatkan limpahan sifat pemurah dari orang kaya yang selama ini tersekat dilepaskan untuk kebaikan golongan-golongan ini” katanya 
 
Turut Hadir ialah Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari , Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadil Ahmad
 
Sekitar Majlis Sumbangan Fakir Miskin

Lawatan muhibah ke Hospital Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Masyarakat Islam di negara ini sedang melalui fasa pertengahan bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan umat Islam sangat digalakkan untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti ibadah dan perbuatan baik.
 
Sehubungan itu, PAS Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena Ramadhan pada 15 Julai bersamaan 17 Ramadhan.
 
Rombongan ini diketuai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa bersama ADUN Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussain , ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari , Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa.
 
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, menziarahi pesakit merupakan satu amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam ajaran Islam. 
 
“ Selain ibadah khusus yang dilakukan di bulan Ramadhan, Islam juga amat menitikberatkan sifat belas ihsan serta hubungan silaturrahim dan tolong-menolong di kalangan setiap anggota masyarakat di dalam bulan yang mulia ini. 
 
“ Secara khususnya, Islam sangat menggalakkan umatnya menziarahi orang yang sedang sakit sama ada terlantar di hospital ataupun di rumah” katanya ketika ditemui semasa program lawatan tersebut
 
Dr Mujahid memberitahu, kedatangan rombongan mereka telah disambut mesra oleh pihak hospital dan memberi kerjasama  membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita.
 
“ Di samping menyantuni pesakit , pihak kami telah mengagihkan sumbangan kepada 47 pesakit pesakit wad dewasa dan kanak-kanak.
 
" Kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan sumbangan sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya
 
Sementara itu, Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain yang ditemui dalam temubual bersama wartawan berkata, program ini merupakan acara tahunan sempena bulan Ramadhan.
 
" Program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini. 
“ Saya harap lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan pemimpin bersama masyarakat khususnya pesakit-pesakit hospital yang amat memerlukan perhatian” katanya
 
Turut serta bersama rombongan ini ialah isteri kepada ketiga-tiga wakil rakyat, Ajk Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.
Sekitar ziarah hospital

Adun Titi Serong dekati rakyat sepanjang Ramadhan


PARIT BUNTAR : Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain semakin sibuk di bulan Ramadhan yang baru mencecah separuh bulan.
 
Setelah lebih setahun menjadi Adun Titi Serong, beliau tidak pernah melupakan masyarakat di kawasan yang diwakilinya. 
 
Menurut Pegawai Khas Adun Titi Serong Zainuddin Osman, aktiviti turun padang sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak adalah merupakan satu pendekatan terbaik kerana memberikan kesempatan kepada beliau untuk mendekati rakyat akar umbi apatah lagi bagi golongan yang memerlukan perhatian.
 
“ Setiap hari jadualnya dipenuhi dengan aktiviti turun padang menemui rakyat dalam pelbagai majlis sempena Ramadhan
 
 “ Bermula selepas sahur, Ustaz Abu Bakar akan menunaikan solat subuh dan menyampaikan kuliah subuh di masjid dan surau dalam Dun Titi Serong” katanya
 
Zainuddin berkata, Adun Titi Serong memperhebatkan program sepanjang bulan yang penuh keberkatan bagi mengerat tali silaturrahim sedia terjalin.
 
“ Beliau akan sedaya upaya memenuhi jemputan majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid dan surau.
 
“ Untuk tidak mengecewakan pihak surau dan masjid, beliau ke majlis berbuka dan berterawih di surau dan masjid berbeza. Contohnya, hari ini beliau berbuka di Surau An Najah Simpang Empat Kedah dan berterawih di Surau Pak Ndak Haji Othman Parit Haji Wahab” katanya
 
Menurutnya, pada sebelah petang Adun Titi Serong akan menemui penduduk di Pasar Ramadhan yang diadakan di beberapa tempat dalam kawasan Parit Buntar
 
““Inilah tradisi kita di dalam parti PAS sebaik tibanya bulan Ramadan kerana aktiviti bertemu penduduk di pasar Ramadhan memberikan peluang untuk beliau beramah-mesra dengan penduduk.
 
“ Setiap kali turun ke pasar Ramadhan , Ustaz Abu Bakar akan menyampaikan buah tangan seperti takwim Ramadhan, risalah dakwah dan kurma” katanya
 
Katanya, Adun Titi Serong sangat menyokong usaha murni PAS Cawangan yang mengambil inisiatif menganjurkan program kebajikan melibatkan masyarakat awam.
 
“ Beliau turut bersama PAS Cawangan Kampung Kedah mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengguna jalan Dataran Purnama , Kampung Kedah.
 
“Di bulan mulia ini sudah pasti aktiviti kebajikan ini memberikan ganjaran pahala disamping saling memperkukuhkan hubungan yang harmoni “ katanya
 
Beliau berkata, Adun Titi Serong bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dan Adun Kuala Kurau turut berkerjasama mencari dana bagi menjayakan program ehya Ramadhan yang melibatkan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, pesakit hospital, masjid dan surau.
 
 “ Sehari sebelum Ramadhan telah disampaikan sumbangan kepada 28 masjid dan 120 surau dalam kawasan Parit Buntar bagi tujuan menjalankan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau.
 
“ Sumbangan kurma juga telah diberikan kepada orang ramai melalui edaran di stesen minyak dalam kawasan Parit Buntar” katanya
 
Tambahnya, jadual Adun Titi Serong untuk separuh bulan terakhir Ramadhan sudah dipenuhi pelbagai aktiviti bersama penduduk.
 
“ Majlis sumbangan kepada fakir miskin, iftar bersama anak yatim, ziarah pesakit hospital , sambutan Badar al Kubra adalah antara program besar yang sudah diatur.
 
  Di samping program rutin ke majlis berbuka puasa, bertarawih dan tazkirah yang mengukuhkan ukhuwah bersama penduduk” katanya
 
Pada Ramadhan penuh keberkatan ini Adun Titi Serong memanfaatkannya dengan mengukuhkan silaturrahim dengan penduduk diwakilinya, di samping menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 
 

Edar bubur lambuk di Kampung Kedah


PARIT BUNTAR : Bersempena Ramadan, PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah mengambil kesempatan untuk beramal dengan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui jalan Dataran Purnama, Kampung Kedah bermula 1 Ramadan.

Pengarah program , Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kos menyediakan bubur lambuk ini telah disumbangkan oleh orang ramai terutama jamaah pengajian di Surau Mujahideen , Kampung Kedah. 

 
“ Ramai yang mahu bersedekah dalam bulan Ramadan kerana ianya salah satu amalan terpuji dan balasan pahalanya berganda-ganda.
“ Demi merealisasikan usaha-usaha kebajikan ini maka kami telah mengorak langkah proaktif menganjurkan program mengedarkan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat” katanya
 
Beliau berkata, persiapan bagi menyiapkan bubur lambuk ini dilaksanakan secara gotong royong bermula seawal jam 11.00 pagi. 
 
 “Proses memasak bubur lambuk pula memumpuk semangat kerjasama kerana dilakukan secara gotong royong .
 
“ Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai pada program yang diadakan selang sehari “ katanya
Menurutnya, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain telah merasmikan program edaran bubur lambuk percuma pada hari pertama Ramadan.
 
“ ADUN Titi Serong bersama isteri dan pimpinan PAS Kawasan Parit Buntar turun padang mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui jalan Dataran Purnama di Kampung Kedah . 

“Secara tidak langsung, program sebegini dapat mengeratkan hubungan pimpinan PAS dengan masyarakat khususnya pengguna jalan ini” katanya

Sumbangan kepada masjid dan surau sempena Ramadhan


PARIT BUNTAR : Bersempena kedatangan Ramadan , sebanyak 28 masjid dan 120 surau di Parit Buntar menerima sumbangan Ihya’ Ramadan sebagai galakan untuk ahli jawatankuasanya menjalankan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau. 
 
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau dengan kerjasama PAS Kawasan Parit Buntar telah menganjurkan majlis penyampaian sumbangan ini pada 27 Jun di Surau Taman Desa Indah, Titi Serong.
 
“ Sejumlah RM 18,000.00 diperuntukkan untuk sumbangan kepada masjid dan surau dalam kawasan parlimen Parit Buntar.
 
"Program seperti ini telah dijalankan setiap tahun hasil daripada sumbangan serta kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan tersebut.
 
Dr Mujahid berkata,  pada bulan Ramadan lebih ramai umat Islam berkunjung ke masjid untuk melaksanakan ibadat termasuk solat sunat terawikh. 
 
 
“ Bahkan di waktu malam suasana masjid dan surau begitu hidup.  Tambah-tambah lagi di kawasan perumahan dan di kampung-kampung. 

“ Justeru,  masjid perlu diimarahkan dengan aktiviti Ramadan agar dapat menarik lebih ramai lagi minat individu ke masjid “ katanya
 
Beliau meminta supaya pintu masjid dan surau dibuka seluas-luasnya agar umat Islam dapat melakukan ibadat di rumah Allah ini.

"Jadikan masjid dan surau sebagai pusat tumpuan ibadah sepanjang Ramadhan ini. Galakkan kaum keluarga seramai mungkin mengunjungi rumah Allah ini untuk berbuka puasa, solat tarawih, bertadarus, berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT. 

"Jangan sempitkan ruang masjid hanya untuk bersolat sahaja sebaliknya banyak ibadah yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan ini." katanya
 
Turut hadir memberikan ucapan dan menyampaikan sumbangan adalah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim , ADUN Titi Serong , Ustaz Abu Bakar Husain, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar, Abdul Bahrain Desa berkata sumbangan untuk dana infaq Ramadhan PAS Parit Buntar ini masih dibuka kepada orang ramai.

ADUN Titi Serong rai guru PASTI Parit Buntar


PARIT BUNTAR : PASTI Parit Buntar buat julung kalinya menganjurkan Majlis Makan Malam bagi meraikan guru-guru PASTI pada 19 Jun  di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong. 
 
Menurut pengarah program, Hasan Kamaruddin antara objektif program diadakan ialah untuk menghargai guru-guru PASTI yang banyak berjasa mendidik anak-anak PASTI .
 
“ Seramai 35 orang guru PASTI yang bertugas di sepuluh buah PASTI di kawasan Parit Buntar diraikan pada malam ini.
 
" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru PASTI terutama mereka yang telah lama berkhidmat sebagai tenaga pengajar di PASTI " katanya ketika ditemui di majlis makan malam tersebut
 
Hasan berkata, majlis telah dimulai dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan jamuan makan malam.
 
“ Semua guru PASTI telah menerima sumbangan beras yang disampaikan oleh Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin.
 
“ Ust. Abu Bakar turut menyampaikan motivasi kepada guru-guru PASTI bagi meningkatkan profesion perguruan pra sekolah” katanya
 
Sementara itu , Ust. Abu Bakar dalam ucapannya berharap ibu bapa dan masyarakat meletakkan guru PASTI sebagai insan yang mulia dan berjasa.
 
“ Merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak di PASTI bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh.
 
“ Guru PASTI dalam sejarah hidup mereka sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain” katanya
 
ADUN Titi Serong itu juga meminta ibu bapa dan masyarakat bersama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berketerampilan.

“ Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan di PASTI. 
 
“ Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesion perguruan PASTI” katanya

Cakna Rakyat di Surau Kampung Tengah, Sungai Labu Bawah


PARIT BUNTAR : Program Cakna Rakyat anjuran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong yang diadakan di Surau Kampung Tengah, Sungai Labu Bawah  pada 4 Mei mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat .
 
Penyelaras program , Hamdan Fadel Ahmad berkata,  program yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim mendapat kerjasama yang cukup baik daripada penduduk tempatan.
 
“ Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat tempatan amat baik sekali.
“ Masing-masing bekerja keras menjayakan program ini, terutamanya kaum wanita yang memasak makanan” katanya ketika ditemui semasa program.
 
Hamdan berkata,  pertandingan mewarna dan sukaneka disediakan sepanjang program tersebut yang bermula awal pagi sehingga petang.
 
“ Pertandingan mewarna diadakan untuk beberapa kategori membabitkan murid pra sekolah sehingga tahun enam
" Selain itu, diadakan acara sukaneka seperti boling kelapa, balingan kasih dan kapal terbang laju" katanya
 
Beliau berkata, kaunter khidmat kesihatan juga dibuka untuk masyarakat di sini memeriksa tahap tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta nasihat kesihatan.

" Kaunter khidmat kesihatan yang dibuka mendapat sambutan sangat mengalakkan dari penduduk terutama warga emas.
“Seramai lima orang doktor termasuk seorang doktor pakar telah memberikan khidmat secara percuma merawat mereka"katanya
 
Katanya, program Cakna Rakyat hari ini amat meriah dengan kehadiran Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain bersama isteri yang turut menyertai sukaneka bersama penduduk
 
“Ustaz Abu Bakar Hussain telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan sukaneka.
 
“ Beliau juga menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan kepada sepuluh orang penduduk dan saguhati kepada dua orang guru al-Quran” katanya
 
Sementara itu, Adun Titi Serong Serong  Ustaz Abu Bakar Hussain semasa menyampaikan ucapan penutup memuji usaha penduduk menjayakan program cakna rakyat tersebut.
 
“ Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk terutama Pengerusi Surau Haji Sharif Awang  yang banyak membantu sehingga terlaksananya program ini.
 
“ Selain terhibur dengan aksi peserta sukaneka, program hari ini mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita” katanya
 
Turut hadir dalam program ini adalah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua, Abdul Bahrain Desa serta Ketua PAS Cawangan Sungai Labu Bawah Mohd Fozi Abu Hassan
 
Sekitar Program Cakna Rakyat

Saturday, 10 May 2014

Bantuan ribut di Sungai Labu Atas


PARIT BUNTAR : Hujan lebat bersama ribut kencang yang berlaku pada 5 Mei, telah menerbangkan hampir keseluruhan bumbung sebuah rumah penduduk di Sungai Labu Atas

Pegawai Khas Adun Titi Serong Zainudin Osman berkata, rumah Mat Yusuf Lat rosak teruk pada bahagian bumbung setelah diterbangkan ribut, selain kerosakan di beberapa bahagian rumah
 
 “ Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang, tiba-tiba ribut kuat bertiup disusuli hujan lebat.
 
“ Hujan dan ribut kencang yang berlaku memang lain dari biasa serta menakutkan. 

Bayangkan, bagaimana bumbung dan siling rumah boleh diterbangkan ribut” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian semalam.
 
Zainuddin berkata, beliau , ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain dan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa yang menerima maklumat dari seorang penduduk  segera melawat rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kerugian mangsa.
 
“Pejabat kami juga sedang mengumpul data jika ada rumah lain yang dilanda ribut di kawasan ini. 
 
“Berdasarkan maklumat diterima setakat ini, hanya sebuah rumah yang rosak akibat ribut berkenaan “ katanya 

Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan berharap agensi kerajaan bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.

“Saya meminta mangsa bersabar dan menasihatkannya melaporkan kepada agensi kerajaan bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya bagi membantu mangsa.
 
“ Beberapa hari ini, hujan lebat dan ribut kerap terjadi . Saya  harap penduduk di Parit Buntar mengambil langkah selamat jika berlaku kejadian ribut kencang” katanya

ADUN Titi Serong rasmi penutup Sukaneka PASTI Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Kehadiran lebih 500 ibu bapa dan ahli keluarga memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing memeriahkan Kejohanan Sukaneka Pasti Kawasan Parit Buntar yang diadakan di Dataran Purnama , Kampung Kedah pada 27 April. 
 
Pengerusi Pasti Parit Buntar Hasan Kamaruddin berkata, sambutan hebat ibu bapa pelajar Pasti sesuai dengan objektif penganjuran sukaneka Pasti untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Pasti, ibubapa dan pengurusan Pasti Parit Buntar. 

“ Penganjuran sukaneka ini juga bertujuan untuk menambahkan minat anak-anak untuk terus menuntut ilmu di Pasti dan merangsang minda kritis serta kreatif anak-anak Pasti.
 
“Disamping sebagai salah satu cara untuk mempromosikan Pasti kepada masyarakat umum” katanya yang ditemui selepas program berkenaan.
 
Hasan berkata, sukaneka tersebut telah bermula pada pukul 8.00 pagi dengan dimulai dengan perarakan perbarisan daripada setiap kontinjen Pasti yang bertanding . 
 
“ Seramai 410 pelajar dari sepuluh buah Pasti dalam kawasan Parit Buntar telah bersaing bagi 6 acara permainan yang telah dipertandingkan. 
 
“ Acara-acara individu yang dilangsungkan adalah lari pecut 30 m dan isi air dalam botol. Manakala acara berkumpulan pula melibatkan acara susun huruf (Arab, Rumi, Nombor), lari membawa bola, susun gelong dalam kon, dan susun cawan.” katanya
 
Beliau berkata, ibu bapa dan ahli keluarga turut berpeluang untuk bersaing dalam acara yang dipertandingkan. 

“ Acara bapa melibatkan acara lari membawa anak, kaum ibu pula bertanding dalam acara isi air dalam botol.
 
“ Manakala acara kanak-kanak lelaki ialah menggelecek bola dan kanak-kanak perempuan pula susun gelong dalam kon” katanya
 
Katanya, semua acara berlangsung dengan jaya dan tersusun hasil bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Ameerah. 

“Pasti Al Munir, Taman Murni telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Naib Johan disandang oleh Pasti Al Mu'tasim, Jalan Terusan dan ketiga ialah Pasti An-Nur, Taman Kerian Permai.
 
“Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang." katanya
 
Sementara itu, Adun Titi Serong dalam ucapan perasmian penutup merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kehadiran ibu bapa untuk menjayakan temasya sukaneka kali ini.
 
“ Kerjasama  ibu bapa menjayakan program ini amat dihargai , semoga  akan diteruskan pada masa akan datang”. 

 “ Penglibatan ibubapa yang membantu dan terlibat menyertai  acara sukaneka juga harus diberi pujian” katanya
Sekitar Sukaneka PASTI Parit Buntar