Friday, 1 August 2014

ADUN Titi Serong rai guru PASTI Parit Buntar


PARIT BUNTAR : PASTI Parit Buntar buat julung kalinya menganjurkan Majlis Makan Malam bagi meraikan guru-guru PASTI pada 19 Jun  di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong. 
 
Menurut pengarah program, Hasan Kamaruddin antara objektif program diadakan ialah untuk menghargai guru-guru PASTI yang banyak berjasa mendidik anak-anak PASTI .
 
“ Seramai 35 orang guru PASTI yang bertugas di sepuluh buah PASTI di kawasan Parit Buntar diraikan pada malam ini.
 
" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru PASTI terutama mereka yang telah lama berkhidmat sebagai tenaga pengajar di PASTI " katanya ketika ditemui di majlis makan malam tersebut
 
Hasan berkata, majlis telah dimulai dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan jamuan makan malam.
 
“ Semua guru PASTI telah menerima sumbangan beras yang disampaikan oleh Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin.
 
“ Ust. Abu Bakar turut menyampaikan motivasi kepada guru-guru PASTI bagi meningkatkan profesion perguruan pra sekolah” katanya
 
Sementara itu , Ust. Abu Bakar dalam ucapannya berharap ibu bapa dan masyarakat meletakkan guru PASTI sebagai insan yang mulia dan berjasa.
 
“ Merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak di PASTI bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh.
 
“ Guru PASTI dalam sejarah hidup mereka sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain” katanya
 
ADUN Titi Serong itu juga meminta ibu bapa dan masyarakat bersama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berketerampilan.

“ Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan di PASTI. 
 
“ Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesion perguruan PASTI” katanya

0 comments:

Post a Comment