Friday, 1 August 2014

Edar bubur lambuk di Kampung Kedah


PARIT BUNTAR : Bersempena Ramadan, PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah mengambil kesempatan untuk beramal dengan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui jalan Dataran Purnama, Kampung Kedah bermula 1 Ramadan.

Pengarah program , Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kos menyediakan bubur lambuk ini telah disumbangkan oleh orang ramai terutama jamaah pengajian di Surau Mujahideen , Kampung Kedah. 

 
“ Ramai yang mahu bersedekah dalam bulan Ramadan kerana ianya salah satu amalan terpuji dan balasan pahalanya berganda-ganda.
“ Demi merealisasikan usaha-usaha kebajikan ini maka kami telah mengorak langkah proaktif menganjurkan program mengedarkan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat” katanya
 
Beliau berkata, persiapan bagi menyiapkan bubur lambuk ini dilaksanakan secara gotong royong bermula seawal jam 11.00 pagi. 
 
 “Proses memasak bubur lambuk pula memumpuk semangat kerjasama kerana dilakukan secara gotong royong .
 
“ Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai pada program yang diadakan selang sehari “ katanya
Menurutnya, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain telah merasmikan program edaran bubur lambuk percuma pada hari pertama Ramadan.
 
“ ADUN Titi Serong bersama isteri dan pimpinan PAS Kawasan Parit Buntar turun padang mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui jalan Dataran Purnama di Kampung Kedah . 

“Secara tidak langsung, program sebegini dapat mengeratkan hubungan pimpinan PAS dengan masyarakat khususnya pengguna jalan ini” katanya

0 comments:

Post a Comment