PARIT
BUNTAR : Seramai 360 orang fakir dan miskin daripada dua kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Parlimen Parit Buntar dirai dengan pemberian sumbangan sempena
hari raya yang bakal menjelang tiba.
Majlis penyerahan
sumbangan diadakan di dua lokasi iaitu di
Dewan Tuan Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong bagi DUN Titi Serong dan di
Markas MTD Kuala Kurau, Batu 13 bagi DUN Kuala Kurau pada 19 dan 20 Julai.
Pengarah Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain
Desa berkata, majlis anjuran PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat
Ahli Parlimen Parit Buntar , DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau ini adalah diantara
beberapa program yang diatur oleh Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar
bagi membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan.
“Seramai 200 orang fakir miskin dalam DUN Titi
Serong dan 160 orang fakir miskin dalam DUN Kuala Kurau menerima bantuan berbentuk
wang tunai dan beras.
.”Hari ini kita mengumpulkan fakir miskin dan
memberikan bantuan, untuk meringankan beban mereka menghadapi bulan Ramadhan
ini,”katanya ketika ditemui selepas majlis di Titi Serong.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli
Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa , ADUN Titi Serong Ust. Abu Bakar
Hussain dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari yang berusaha mengumpul dana
Ramadhan dari dalam dan luar kawasan Parit Buntar.
“Saya juga ucapkan terima kasih kepada Pegawai di
Pejabat Parlimen dan DUN Titi Serong, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit
Buntar yang turut berusaha mencari dana Ramadhan pada tahun ini.
“ Hasil kerjasama wakil rakyat dan semua yang
terlibat, pihak jawatankuasa berjaya membuat penambahbaikan untuk program ehya’
dan infaq Ramadhan tahun ini” katanya
Sementara itu, ADUN
Titi Serong Ust Abu Bakar Hussain dalam ucapannya semasa
program mengajak umat Islam miskin dan kaya bersyukur dengan nikmat kurniaan
Allah kerana Allah menciptakan manusia dengan segala
kelebihan dan kekurangan.
“ Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama saling
lengkap melengkapi di mana orang yang kaya membantu yang miskin.
“ Orang miskin dan orang kaya itu saling bantu membantu dan saling perlu
memerlukan di dalam menegakkan sistem hidup bermasyarakat” katanya
ADUN Titi Serong berkata, Ramadhan
menimbulkan keinsafan kepada mereka yang tidak bernasib baik dari kalangan fakir
dan miskin.
“ Mereka menimbulkan keinsafan
lalu memberi ruang untuk orang kaya berbakti dan membela nasib mereka.
“ Alangkah hebatnya bulan
Ramadhan dengan keberkahannya membuatkan limpahan sifat pemurah dari orang kaya
yang selama ini tersekat dilepaskan untuk kebaikan golongan-golongan ini”
katanya
Turut Hadir ialah Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari ,
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pegawai Khas Ahli Parlimen
Parit Buntar Hamdan Fadil Ahmad
Sekitar Majlis Sumbangan Fakir Miskin
0 comments:
Post a Comment