This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 10 May 2014

Bantuan ribut di Sungai Labu Atas


PARIT BUNTAR : Hujan lebat bersama ribut kencang yang berlaku pada 5 Mei, telah menerbangkan hampir keseluruhan bumbung sebuah rumah penduduk di Sungai Labu Atas

Pegawai Khas Adun Titi Serong Zainudin Osman berkata, rumah Mat Yusuf Lat rosak teruk pada bahagian bumbung setelah diterbangkan ribut, selain kerosakan di beberapa bahagian rumah
 
 “ Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang, tiba-tiba ribut kuat bertiup disusuli hujan lebat.
 
“ Hujan dan ribut kencang yang berlaku memang lain dari biasa serta menakutkan. 

Bayangkan, bagaimana bumbung dan siling rumah boleh diterbangkan ribut” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian semalam.
 
Zainuddin berkata, beliau , ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain dan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa yang menerima maklumat dari seorang penduduk  segera melawat rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kerugian mangsa.
 
“Pejabat kami juga sedang mengumpul data jika ada rumah lain yang dilanda ribut di kawasan ini. 
 
“Berdasarkan maklumat diterima setakat ini, hanya sebuah rumah yang rosak akibat ribut berkenaan “ katanya 

Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan berharap agensi kerajaan bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.

“Saya meminta mangsa bersabar dan menasihatkannya melaporkan kepada agensi kerajaan bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya bagi membantu mangsa.
 
“ Beberapa hari ini, hujan lebat dan ribut kerap terjadi . Saya  harap penduduk di Parit Buntar mengambil langkah selamat jika berlaku kejadian ribut kencang” katanya

ADUN Titi Serong rasmi penutup Sukaneka PASTI Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Kehadiran lebih 500 ibu bapa dan ahli keluarga memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing memeriahkan Kejohanan Sukaneka Pasti Kawasan Parit Buntar yang diadakan di Dataran Purnama , Kampung Kedah pada 27 April. 
 
Pengerusi Pasti Parit Buntar Hasan Kamaruddin berkata, sambutan hebat ibu bapa pelajar Pasti sesuai dengan objektif penganjuran sukaneka Pasti untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Pasti, ibubapa dan pengurusan Pasti Parit Buntar. 

“ Penganjuran sukaneka ini juga bertujuan untuk menambahkan minat anak-anak untuk terus menuntut ilmu di Pasti dan merangsang minda kritis serta kreatif anak-anak Pasti.
 
“Disamping sebagai salah satu cara untuk mempromosikan Pasti kepada masyarakat umum” katanya yang ditemui selepas program berkenaan.
 
Hasan berkata, sukaneka tersebut telah bermula pada pukul 8.00 pagi dengan dimulai dengan perarakan perbarisan daripada setiap kontinjen Pasti yang bertanding . 
 
“ Seramai 410 pelajar dari sepuluh buah Pasti dalam kawasan Parit Buntar telah bersaing bagi 6 acara permainan yang telah dipertandingkan. 
 
“ Acara-acara individu yang dilangsungkan adalah lari pecut 30 m dan isi air dalam botol. Manakala acara berkumpulan pula melibatkan acara susun huruf (Arab, Rumi, Nombor), lari membawa bola, susun gelong dalam kon, dan susun cawan.” katanya
 
Beliau berkata, ibu bapa dan ahli keluarga turut berpeluang untuk bersaing dalam acara yang dipertandingkan. 

“ Acara bapa melibatkan acara lari membawa anak, kaum ibu pula bertanding dalam acara isi air dalam botol.
 
“ Manakala acara kanak-kanak lelaki ialah menggelecek bola dan kanak-kanak perempuan pula susun gelong dalam kon” katanya
 
Katanya, semua acara berlangsung dengan jaya dan tersusun hasil bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Ameerah. 

“Pasti Al Munir, Taman Murni telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Naib Johan disandang oleh Pasti Al Mu'tasim, Jalan Terusan dan ketiga ialah Pasti An-Nur, Taman Kerian Permai.
 
“Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang." katanya
 
Sementara itu, Adun Titi Serong dalam ucapan perasmian penutup merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kehadiran ibu bapa untuk menjayakan temasya sukaneka kali ini.
 
“ Kerjasama  ibu bapa menjayakan program ini amat dihargai , semoga  akan diteruskan pada masa akan datang”. 

 “ Penglibatan ibubapa yang membantu dan terlibat menyertai  acara sukaneka juga harus diberi pujian” katanya
Sekitar Sukaneka PASTI Parit Buntar

Prihatin jalan rosak di Sungai Labu


Kenderaan berat punca jalan rosakPARIT BUNTAR :  Penduduk Kampung Sungai Labu, di sini menggesa  pihak berkuasa bagi menyelesaikan masalah kenderaan berat milik pengusaha kolam udang dan ikan yang menjadikan jalan kampung di hadapan rumah mereka sebagai laluan keluar masuk sejak tiga tahun lalu.

Wakil penduduk, Mat Daud Saad, 74, berkata, akibat masalah itu, dinding kediamannya retak malah sebahagian besar perkakasan rumah rosak kerana gegaran dihasilkan kenderaan berat yang melalui kawasan berkenaan hampir 24 jam sehari.

“Tindakan pemandu lori muatan berat yang keluar masuk setiap hari  mengakibatkan rumah saya sedikit terjejas. 

 
“Selain itu, nyawa kami juga terancam kerana pemandu kenderaan berat ini seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan pengguna lain dengan memandu secara laju dan berbahaya,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Hadir meninjau masalah itu, Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain.

Mat Daud berkata, habuk dan bunyi bising mengganggu penduduk yang sudah 30 tahun menetap di kawasan berkenaan.

Jelasnya,  kerosakan pada jalan kampung berkenaan mengundang bahaya kepada pengguna lain.

“Walaupun ada sebahagian jalan rosak dibaik pulih  pengusaha, namun inisiatif penambahbaikan itu memakan masa  sehingga menyusahkan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain ketika ditemui menyuarakan kekesalan dengan sikap pengusaha kolam udang yang tidak peka terhadap kebajikan penduduk.

Katanya, dia akan mengemukakan masalah itu kepada pihak berkuasa terlibat agar menemui jalan penyelesaian baik.

“Langkah terbaik adalah menyediakan satu laluan alternatif untuk kegunaan pengusaha kolam udang dan kolam ikan tanpa mengganggu jalan kampung.

“Terpulang kepada pihak berkuasa tempatan untuk mencari penyelesaian menang-menang melibatkan semua pihak,” katanya.SH

Bantuan ribut di Parit Tok Ngah


PARIT BUNTAR : Penduduk di Parit Tok Ngah dikejutkan dengan kejadian ribut kencang pada 16 April yang memusnahkan sebuah rumah penduduk dan mengakibatkan kerugian kepada mangsa.

Pegawai Khas ADUN Titi Serong Zainuddin Osman berkata,  rumah warga emas Ajmi Mohamed mengalami kemusnahan teruk akibat bumbung yang terbang dibawa angin.

“ Kejadian itu berlaku pada waktu  malam di mana berlaku ribut kencang beserta hujan sehingga pokok tumbang berhampiran rumah mangsa ribut.

“ Sebahagian besar bumbung rumah diterbangkan angin dan merosakkan perabut rumah Pak Cik Ajmi” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian semalam. 

 
Zainuddin berkata, beliau dan ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain yang menerima maklumat dari seorang penduduk  segera melawat rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kerugian mangsa.
 
“ Kami bersyukur kerana ribut kencang ini tidak memusnahkan rumah penduduk yang lain di Parit Tok Ngah 
 
“ Kami juga bersyukur Pak Cik Ajmi yang sudah uzur dan seorang anaknya yang tinggal bersamanya selamat dari sebarang kemalangan semasa kejadian” katanya
 
ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, beliau bersimpati dengan kejadian itu dan berharap agensi kerajaan bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.

“ Saya bersimpati dengan tuan rumah yang kehilangan hampir keseluruhan bumbung rumah.
 
“ Bantuan dari agensi kerajaan bertanggungjawab perlu diberikan secepat mungkin sebaik menerima laporan kejadian ini” katanya

ADUN Titi Serong juga mengingatkan kepada mangsa ribut bahawa kejadian yang berlaku merupakan satu ujian dan berharap mereka tabah mengharunginya.

Gotong royong bersama penduduk ganti bumbung baru di Tebuk Haji Musa


PARIT BUNTAR : Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar terus menabur bakti kepada masyarakat dengan bergotong royong memperbaiki dan menganti bumbung rumah seorang penduduk di Tebuk Haji Musa di sini.

Setiausahanya Adnan Abd Rahman berkata, Lujnah Kebajikan dengan kerjasama PAS Cawangan Tebuk Haji Musa dan Unit Amal Parit Buntar mengambil inisiatif bergotong royong kerana prihatin terhadap keadaan bumbung rumah milik Zakaria Che Man, 66 yang bocor.
" Kami telah bersama-sama mengantikan zink rumah yang reput dan bocor dengan zink yang baru.
“ Kos untuk mengantikan bumbung rumah ini telah disumbangkan oleh Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar " Katanya ketika ditemui semasa majlis gotong royong berkenaan pada 24 Mac lalu.
 
Adnan berkata , seramai 12 orang penduduk kampung, 4 anggota Unit Amal dibantu seorang tukang rumah tempatan telah menyiapkan penukaran bumbung lama dengan zink yang baru.

“ Gotong royong ini bermula dengan menanggal zink lama yang uzur dan bocor , kemudian diganti dengan zink baru

“ Sebanyak 40 keping zink baru telah digunakan untuk memasang sebahagian bumbung rumah Pak Cik Zakaria Che Man “ katanya

Pemilik rumah , Zakaria Che Man mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat membantu memperbaiki dan memasang zink baru di rumahnya.

" Pak Cik telah memohon bantuan di Pejabat Wakil Rakyat kerana Pak Cik tidak mampu untuk menukar bumbung rumah Pak Cik yang sudah reput dan bocor
“ Syukurlah pada hari ini, pihak PAS telah memberi bantuan menukar bumbung lama dengan baru.” katanya

Gotong royong ini turut disertai ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan Ketua PAS Cawangan Ustaz Ahmad Zaki Haji Hassan
Sementara itu, ADUN Titi Serong Ust. Abu Bakar memuji usaha bergotong royong yang dilakukan Lujnah Kebajikan dan PAS Cawangan Tebuk Haji Musa kerana bergotong royong akan menjimatkan kos disamping mengeratkan tali silaturrahim.
" Budaya bergotong royong adalah budaya turun temurun masyarakat Melayu yang semakin lama semakin ditinggalkan.
“ Memandang PAS bukanlah sebuah kerajaan, maka budaya ini cukup penting dipraktikkan supaya perbelanjaan dapat dijimatkan" Katanya.

Ziarah kebajikan bersama ADUN Titi Serong di Kampung Kedah


PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar meneruskan usaha membantu ibu tunggal dan anak yatim melalui program Ziarah Kebajikan yang dijalankan di Kampung Kedah pada 23 Mac lalu.

Program turun padang serta ziarah ini dianjurkan PAS Cawangan Kampung Kedah turut disertai ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain.

Penyelaras program Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, PAS Cawangan sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban penduduk di Kampung Kedah
“ Kita telah menyampaikan sumbangan kepada 25 orang penduduk berupa barangan keperluan harian semasa menziarah rumah penduduk terbabit.
" Kita akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa waktu sebagai merealisasikan konsep Negara Berkebajikan " Katanya ketika ditemui bersama rombongan PAS Cawangan semasa melakukan ziarah di sebuah rumah penduduk di Kampung Kedah

Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain memuji usaha ziarah kebajikan yang dilakukan oleh PAS Cawangan Kampung Kedah

“ Program ziarah ini sangat baik untuk mendekati masyarakat terutama golongan susah. Malah, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat di sini.
''Saya harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang kerana ia ternyata mencapai matlamatnya untuk membantu golongan yang susah,'' katanya.

ADUN Titi Serong lancar papan tanda PAS Cawangan Parit Haji Wahab Darat


PARIT BUNTAR : PAS Kawasan Parit Buntar mengorak langkah meningkat imej parti berkenaan di peringkat cawangan apabila memperkenalkan papan tanda PAS Cawangan yang seragam. 
 
Pengerusi Lujnah Pemerkasaan Parti PAS Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, semua PAS Cawangan telah diminta memasang papan tanda seragam untuk cawangan masing-masing.
 
“ Kami menyahut seruan Lujnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat yang mahu setiap cawangan PAS mempunyai papan tanda.
 
“ Sejak awal Februari , PAS Cawangan telah mula membuat tempahan papan tanda yang menggunakan rekabentuk seragam.” katanya
 
Adnan berkata, PAS Cawangan menggunakan dana kewangan PAS Cawangan sendiri  bagi menampung kos menempah papan tanda berkenaan.
 
“ PAS Cawangan berusaha mencari dana sendiri  kerana PAS tidak seperti parti lain yang menaja papan tanda untuk cawangan parti mereka. 
 
“ Papan tanda yang diusahakan sendiri oleh PAS Cawangan akan lebih  dihargai ahli PAS di cawangan  serta dijaga dengan baik” katanya
 
Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain memuji usaha PAS Cawangan di Parit Buntar yang telah memasang papan tanda seragam di cawangan masing-masing.
 
 “ Papan tanda merupakan syiar bagi PAS dan pemasangannya dapat menarik lebih ramai ahli serta komitmen ahli sedia ada dalam bergerak dan meneruskan iltizam memantapkan parti.
 
“ Saya berharap papan tanda ini memberi momentum dan impak yang berkesan kepada PAS Cawangan untuk terus aktif mengerakkan aktiviti” katanya yang ditemui semasa melancarkan papan tanda PAS Cawangan Parit Haji Wahab Darat pada 18 Mac lepas.
 
Ketua PAS Cawangan Parit Haji Wahab Darat , Abdul Wahab Arbain berkata, papan tanda tersebut dipacakkan di tempat yang paling strategik yang menjadi laluan penduduk tempatan.
“ Papan tanda ini mendapat respon positif daripada masyarakat setempat kerana reka bentuk yang menarik “ katanya
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Parit Buntar kerana telah melaksanakan usul yang di bawa oleh PAS Cawangan berkenaan.
 
“ PAS Cawangan kami telah mengusulkan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan agar setiap PAS Cawangan di Parit Buntar mempunyai papan tanda yang seragam" katanya