Tuesday, 6 August 2013

ADUN Titi Serong terima kunjungan pelajar Pusat Dakwah Serantau


PARIT BUNTAR : ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain menerima kunjungan seramai 25 orang pelajar daripada Pusat Dakwah Serantau Yayasan Amal Malaysia ke Pusat Khidmat DUN Titi Serong pada 29 Julai lepas. 
 
Lawatan bertemu ulama dan pendakwah seperti ADUN Titi Serong ini adalah salah satu program dalam Kembara Ramadhan Pusat Dakwah Serantau Yatasan Amal Malaysia.
 
Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
 
Kedatangan rombongan pelajar ini disambut gembira ADUN Titi Serong dan diraikan dalam majlis ringkas di pejabat beliau.
 
Ustaz Abu Bakar mengalu-alukan kedatangan bakal pendakwah muda yang sedang menjalani latihan di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.


“ Mereka adalah golongan terpilih dari Sabah, Sarawak, Vietnam, Kemboja, Orang Asal yang dilatih sebagai  pendakwah dan akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.
 
“ Saya doakan mereka menjadi pendakwah yang komited  untuk menggerakkan kerja dakwah di pedalaman tempat asal mereka” katanya
 
Pelajar-pelajar ini juga mendapat nasihat berguna sebagai pendakwah dalam taujihat yang disampaikan ADUN Titi Serong pada majlis berkenaan.
 
Ustaz Abu Bakar turut menghadiahkan cenderamata tulisan khat kepada wakil pelajar berkenaan.Pelajar-pelajar ini kemudiannya menghadiri iftar jamaie bersama penduduk setempat di Surau Taman Murni.
 
Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pegawai Khas ADUN Titi Serong Haji Abdul Rahman Wahab.
 
Sekitar Kujungan Pendakwah Muda 
 

0 comments:

Post a Comment