PARIT
BUNTAR : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan
ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain bersama isteri masing-masing
turun padang mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui
jalan rakyat di Kampung Kedah pada 28 Julai lepas.
Pembantu
Khas ADUN Titi Serong , Zainuddin Osman berkata, kira-kira 400 bungkus
bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai dalam tempoh tidak sampai
sejam.
"Pemberian
ini merupakan sebahagian daripada program amal yang dilakukan kedua-dua
wakil rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadhan
“
Walaupun mempunyai jadual yang padat di bulan Ramadhan , kedua-dua
wakil rakyat ini sempat juga meluangkan masa mengedar sendiri bubur
lambuk kepada orang ramai” katanya
Menurutnya, program edaran
bubur lambuk ini walaupun ringkas namun ianya menjadi bukti kesungguhan
wakil rakyat menjalinkan ikatan silaturrahim dengan orang awam.
“Selain membuat kerja amal, edaran bubur lambuk juga mengeratkan silaturrahim wakil rakyat dengan orang awam.
“Proses memasak bubur lambuk pula memumpuk semangat kerjasama kerana dilakukan secara gotong royong “katanya
Kedua-dua wakil rakyat ini mengambil peluang beramah mesra dengan orang ramai semasa mengedarkan bubur lambuk berkenaan.
Turut serta mengedarkan bubur lambuk ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim
Sekitar program edaran bubur lambuk
0 comments:
Post a Comment