Turut merasai kegembiraan
mendapat sumbangan ialah guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) , aktivis
Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar dan murabitun.
Kesemua mereka diraikan semasa
Majlis Iftar Perdana bersama Anak Yatim yang diadakan di Dewan Taman Kerian
Permai pada 4 Ogos lepas.
Johan Qari Kebangsaan 2013, Ustaz
Anuar Hasin turut bersama meraikan anak-anak yatim dan memperdengarkan bacaan ayat
suci al-Quran sementara menanti waktu berbuka puasa.
Pengarah program, Abdul
Baharin Mat Desa berkata, Majlis Iftar Perdana ini adalah kemuncak bagi program ehya’ Ramadhan yang merangkumi program
sumbangan pengimarahan masjid dan surau,pesakit hospital, fakir miskin dan guru
Al-Quran serta iftar (berbuka puasa) perdana bersama-sama anak yatim, guru
pasti bersama pimpinan PAS Parit Buntar.
“Dalam
majlis pada hari ini sejumlah 250 anak-anak yatim , guru pasti dan murabitun
telah diraikan dengan sumbangan duit raya dan cenderahati.
“Kira-kira 300 tetamu hadir termasuk pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Nisa', Unit Amal dan cawangan-cawangan” katanya
“Kira-kira 300 tetamu hadir termasuk pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Nisa', Unit Amal dan cawangan-cawangan” katanya
Bahrain berkata, sejumlah RM80,000.00 dikumpulkan tahun
ini untuk Infaq Ramadan bagi menjayakan program kebajikan anjuran PAS Kawasan
Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi
Serong.
“ Gerak kerja mencari dana bagi
program Ramadhan ini telah bermula sejak bulan Jun yang lalu.
“
Setiap jawatankuasa PAS yang terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Pemuda,
Muslimat, Urusan Ulama' termasuklah Ahli Parlimen, Dr Mujahid Yusof Rawa dan
Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain diminta mencari dana bagi menjayakan
program ini” katanya
Beliau melahirkan
kesyukuran kerana semua majlis yang dirancang sepanjang Ramadhan dapat berjalan
lancar dan tersusun.
“ Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para
penyumbang yang banyak memberikan sumbangan dalam bentuk tunai, beras serta
barangan keperluan dapur untuk kami serahkan kepada masyarakat yang memerlukan
di Parit Buntar
“ Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis ini termasuk Unit
Amal, Ameerah dan Nisa’ Parit Buntar serta PAS Cawangan yang sentiasa memberi
kerjasama” katanya
Turut sama meraikan majlis
tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Ahli Parlimen Parit
Buntar Dato’ Dr.
Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz
Abu Bakar Husain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim, ADUN Kuala
Kurau Abdul Yunus Jamhari serta Pengerusi DHPP Parit Buntar, Ricky Tang .
Sementara
itu, Ahli Parlimen Parit Buntar , ADUN Titi Serong , Jawatankuasa PAS Kawasan,
Pemuda, Muslimat, Unit Amal, Amerah , Nisa’ dan Dewan Himpunan Penyokong PAS
Parit Buntar Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh umat Islam khususnya di Parit Buntar.
Sekitar Majlis Iftar Perdana Bersama Anak Yatim
0 comments:
Post a Comment