Tuesday, 6 August 2013

ADUN Titi Serong sertai program Badar Al-Kubra Pemuda PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Majlis iftar jamaie dan ceramah sempena perang Badar Al Kubra telah diadakan pada 25 Julai di Markas PAS Kuala Kurau, Batu 13 di sini.
Program Badar al Kubra anjuran Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah menghimpunkan pimpinan PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.
 
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Parit Buntar Nasharuddin Rashidi berkata, tarikh tersebut dipilih sempena peristiwa nuzul Quran dan Perang Badar.

“  Program yang lebih bersifat meningkatkan ukhuwwah dan menaikkan  semangat  sesama pimpinan dan ahli PAS di Parit Buntar.


“ Majlis memperingati Perang Badar bertujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghancurkan musuh Islam yang kuantitinya lebih ramai” katanya 
 
Nasharuddin berkata,  kedua-dua wakil rakyat PAS di Parit Buntar turut bersama dan menyampaikan pengisian dalam program berkenaan.
 
Majlis dimulakan dengan pengisian tazkirah khas oleh ADUN Titi Serong yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husain diikuti majlis tahlil dan iftar jamaie pimpinan PAS kawasan Parit Buntar .
 
“ Selepas iftar diikuti solat fardhu Maghrib, Isya dan Solat Sunat Tarawih. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa pula menyampaikan ceramah memperingati Perang Badar” katanya

Dr. Mujahid dalam ceramah menyatakan kepentingan meringati Perang Badar yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya. 
 
“ Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku pada tahun 2 Hijrah dan Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar
 
“ Semangat Perang Badar inilah yang perlu diambil, dengan jumlah yang kecil tetapi berbekalkan iman, jihad, pengorbanan dan ukhuwah berjaya menewaskan jumlah musuh yang jauh lebih ramai dan siap dengan perlengkapan senjata” katanya

0 comments:

Post a Comment