PARIT BUNTAR : Dalam agenda mendekat diri dengan masyarakat , PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khimat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong mengadakan program lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.
Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata, kedatangan rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita.
"program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini.
"Sumbangan diagih-agihkan kepada lebih 50 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak ” Katanya
Menurut Hairul Nizam, rombongan PAS Kawasan telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu.
"Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit.
"Kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya
Hairul Nizam berkata, program disertai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa , ADUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husain dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari bersama isteri masing-masing ,AJK PAS Kawasan Parit Buntar dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar.
“ Selama dua jam, Ahli Parlimen Parit Buntar dan rombongan telah berpeluang menemui pesakit-pesakit.
“ Selain bertanya khabar tentang kesihatan, Dr. Mujahid telah menyampaikan hamper dan duit raya kepada setiap pesakit yang ditemui” katanya
Katanya, terserlah keceriaan pada wajah pada setiap pesakit yang diziarahi oleh Ahli Parlimen Parit Buntar dan rombongan PAS Parit Buntar.
“ Kebanyakan mereka melahirkan rasa berbesar hati apabila wakil rakyat telah menemui mereka pada saat mereka sedang sakit
“ Apatah lagi, Dr. Mujahid beramah mesra dan tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat kepada pesakit yang ditemui” katanya
Dr. Mujahid yang ditemui semasa program mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar.
Beliau juga mengharapkan pembinaan hospital baru dipercepatkan pembinaannya bagi memudahkan penduduk di Daerah Kerian mendapat rawatan pakar di hospital berkenaan.
“ Kerja-kerja awal sudah pun dibuat dan melalui soalan saya di parlimen baru-baru ini pembinaan sepenuhnya akan mula dibuat pada tahun 2014 setelah plan dan struktur bangunan diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Kerian
“ Pembinaan hospital ini akan memberi keselesaan kepada penduduk di Parit Buntar khususnya dan Daerah Kerian umumnya” katanya
Sekitar lawatan muhibah ke hospital
0 comments:
Post a Comment