PARIT BUNTAR : Seramai 300 orang fakir miskin dalam kawasan Parlimen
Parit Buntar menerima bantuan berbentuk wang tunai dan beras sempena bulan
Ramadhan.
Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini
diadakan di dua tempat berasingan iaitu peringkat DUN Titi Serong yang diadakan
di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong pada 27 Julai
Manakala
peringkat DUN Kuala Kurau diadakan di Markas PAS Kuala Kurau, Batu 13 pada 28
Julai.
“ Seramai 160 orang fakir miskin dalam DUN Titi Serong dan 140 orang fakir miskin dalam DUN Kuala Kurau menerima sumbangan di majlis yang diadakan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan ADUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Hussain yang berusaha mengumpul dana Ramadhan dari dalam dan luar kawasan Parit Buntar.
“ Saya juga ucapkan terima kasih kepada Pegawai di Pejabat Parlimen dan DUN Titi Serong, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang turut berusaha mencari dana Ramadhan pada tahun ini.
“ Hasil kerjasama wakil rakyat dan semua yang terlibat, pihak jawatankuasa berjaya membuat penambahbaikan untuk program ehya’ dan infaq Ramadhan tahun ini” katanya
“ Allah tetapkan hak golongan miskin pada harta yang kita peroleh, bersyukurlah golongan yang berharta memahami hak ini dan memberi sumbangan melalui jawatankuasa infaq yang kami wujudkan.
“ Ini juga sebagai tanda kasih golongan berharta kepada golongan memerlukan. Semoga ada keberkatan pada harta mereka dan dipermudahkan urusan mereka.”katanya
Seorang penerima sumbangan yang ditemui, Wahid Hashim, 58 dari Tebuk Haji Musa berterima kasih kepada PAS Parit Buntar yang memberi bantuan setiap kali bulan Ramadhan.
“ Pak Cik yang bekerja bendang ini pendapatan kecil, bila ada yang memberi sumbangan tentulah berasa gembira kerana ringan sedikit beban .
“ Terima kasihlah kepada PAS Parit Buntar dan wakil rakyat yang membantu kami” katanya
Mohd Rashid Hamzah, 63 pesawah dari Sungai Kota turut berterima kasih kepada PAS Parit Buntar yang sentiasa membantu golongan miskin di Parit Buntar.
“ Saya nak ucap terima kasih kepada PAS dan wakil rakyat Parlimen dan Dun yang berusaha bantu orang miskin di Parit Buntar
“ Program bantuan yang PAS Parit Buntar anjur ini sangat baik kerana membantu banyak orang-orang susah” katanya
Turut Hadir ialah Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husain, Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.
Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin
0 comments:
Post a Comment