Tuesday, 25 June 2013

Terus daftar pemilih baru - Ust. Abu Bakar

PARIT BUNTAR : Pendaftaran pemilih baru dikalangan anak ahli dan penyokong PAS perlu diteruskan walaupun PAS telah menang di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar.
 
Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husain berkata , setiap ahli jawatankuasa PAS cawangan mesti mengambil tanggungjawab mengenalpasti anak masing-masing yang sudah memasuki umur 21 tahun untuk mendaftar sebagai pengundi.
 
“ Dalam masa kita berkerja kuat untuk memenangkan PAS dalam pilihanraya, tiba-tiba kita lupa bahawa anak dan isteri kita di rumah masih belum mendaftar sebagai pengundi.
 
“ Selain memastikan ahli keluarga telah mendaftar sebagai pengundi, Ajk PAS cawangan perlu juga memastikan anak-anak ahli dan penyokong PAS juga turut didaftarkan sebagai pengundi “ katanya semasa merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan Parit Kasa , Sungai Setar di sini.
 
Ust. Abu Bakar yang juga Adun Titi Serong turut meminta PAS Cawangan menambah ahli baru PAS di cawangan . 
 
Shafie Mohamad (gambar) telah dilantik sebagai Ketua PAS cawangan yang baru dalam mesyuarat agung berkenaan. Shafie adalah Timbalan Penyelaras Unit Amal Parit Buntar.
 
PAS Cawangan juga mengadakan kenduri kesyukuran kemenangan PAS di Parit Buntar selepas mesyuarat agung.
 
Turut hadir Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua Abdul Bahrain Desa dan beberapa orang AJK PAS Kawasan Parit Buntar 
 
Adun Titi Serong sebelum itu turut merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan Pekan Batu Lima yang diadakan di Parit Haji Tahir, Batu Lima.
 
Mesyuarat agung bagi cawangan – cawangan PAS di Parit Buntar telah bermula 30 Mei lalu , di mana PAS Cawangan Kampung Baru Nelayan dan Parit Tok Kip, Batu 7 menjadi cawangan terawal mengadakannya.
 
Sekitar mesyuarat agung dan kenduri kesyukuran
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment