Monday, 17 June 2013

Doakan Zulhanafi cepat sembuh - Adun Titi Serong


PARIT BUNTAR : Meskipun sibuk memenuhi undangan rakyat dan PAS Cawangan ke majlis kesyukuran,  namun bagi Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin kesibukan tersebut tidak membatasi masanya untuk melakukan ziarah kepada rakyat yang ditimpa musibah.
 
Ust. Abu Bakar yang juga Pesuruhjaya PAS Perak berkesempatan melakukan ziarah ke rumah keluarga Zulhanafi Zabidi yang masih koma di Hospital Sungai Buloh akibat terlibat dalam kemalangan. 
 
Zulhanafi terbabit dalam kemalangan tersebut semasa hendak pulang mengundi pada pilihanraya umum baru-baru ini.
 
Ust. Abu Bakar berharap ahli keluarga Zulhanafi bersabar dan memperbanyakkan doa agar Zulhanafi cepat sembuh.
 
“ Saya bersimpati dengan musibah yang menimpa Zulhanafi. Beliau merupakan anak muda yang turut bersemangat untuk pulang mengundi buat kali pertama.
 
“ Saya berharap ahli keluarga dan semua yang mengenali beliau sentiasa mendoakan kesembuhan Zulhanafi” katanya
 
Pada kunjungan tersebut selain menzahirkan rasa simpati  , Ust. Abu Bakar  juga turut menyampaikan sumbangan kepada bapa Zulhanafi.
 
Turut menziarah Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa , Pegawai Khas Adun Titi Serong Haji Abdul Rahman Wahab serta AJK PAS Cawangan Parit Tok Ngah Darat.

0 comments:

Post a Comment