PARIT BUNTAR : Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Hussain meminta pihak berwajib agar dapat membuat siasatan terperinci tentang kebakaran kilang memproses pakaian di Parit Haji Awi, Bagan Tiang yang melibatkan kematian.
Dalam kejadian petang Selasa lepas, lima
pekerja asing dipercayai rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah kilang
memproses pakaian terpakai di Kampung Parit Haji Awi, Bagan Tiang .
Beliau meminta pihak berkenaan meneliti soal
keselamatan serta piawaian kilang tersebut sama ada ciri keselamatan yang
ditetapkan mengikut undang-undang dan berharap kejadian seumpama itu dapat
dielakkan pada masa akan datang.
Beliau bersama pimpinan PAS Parit Buntar
melawat lokasi kejadian sebaik dimaklumkan tentang kebakaran berkenaan. Turut
melawat Adun Titi Serong Kuala Kurau,
Abdul Yunus Jamhari.
Sementara itu, Penguasa Bomba Kanan 2
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Utara, Zainuddin Abdul Rahim
berkata, sehingga jam 7 malam, dua pekerja lelaki warga Myanmar ditemui rentung
di mana seorang daripada mereka dipercayai tidur di belakang kilang.
Menurutnya seorang lagi mangsa ditemui di hadapan
premis berkenaan setelah ditimpa bumbung yang runtuh ketika cuba keluar dari
pintu hadapan kilang.
Jelasnya, sebanyak dua jentera dengan
kekuatan 20 anggota bomba dari Balai Bomba Parit Buntar dan Balai Bomba Kuala
Kurau dikerah mengawal kebakaran.
Setiausaha Pasuka Bomba Sukarela Bagan
Tiang berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 3 petang dan pihaknya mendapat
panggilan telefon daripada pihak awam lebih kurang jam 3.15 petang.
Menurutnya, seramai lebih 100 anggota bomba
sukarela meliputi lebih 10 jentera dating memberikan bantuan kepada anggota
bomba memadamkan api.
“Bagaimanapun, keadaan api yang marak
ditambah tekanan air yang rendah menyukarkan usaha kami untuk mengawal
kebakaran.
“ Pihak bomba dengan bantuan kami berjaya
memadamkan api kebakaran sepenuhnya lebih kurang jam 5.30 petang setelah lebih
dua jam mengerah keringat” katanya. SH
0 comments:
Post a Comment