Monday, 17 June 2013

Lawatan muhibbah Wakil Rakyat PR Kerian ke MDK


PARIT BUNTAR : Wakil rakyat Pakatan Rakyat daerah Kerian telah mengadakan telah mengadakan lawatan muhibah dan ramah mesra ke Majlis Daerah Kerian (MDK) di Pejabat MDK, baru-baru ini.
 
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin , Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Adun Gunung Semangol Ust. Zawawi Abu Hasan dan Adun Selinsing Haji Husin Din disambut baik kakitangan MDK semasa kunjungan berkenaan.
 
Mereka telah mengadakan pertemuan dan bertukar-tukar pendapat dengan Khairul Amir Mohamad Zubir Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kerian.
 
Turut serta Setiausaha MDK Mohamad Razif Ramli .
 
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa berterima kasih kepada Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kerian kerana telah menerima permohonan pihaknya untuk mengadakan lawatan muhibah ke MDK.
 
“ Kami akan menjalinkan hubungan baik dengan jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan serta mengadakan networking (rangkaian)
 
“ hubungan dua hala yang baik penting demi memastikan kelangsungan setiap program pembangunan dan kebajikan sampai kepada rakyat” katanya
 
Sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar beliau berharap MDK dan Pusat Khidmat Parlimen mendapat sinergi untuk membangunkan Parit Buntar dan daerah Kerian umumnya.
 

0 comments:

Post a Comment