Tuesday, 25 June 2013

Adun Titi Serong luang masa bersama anak muda

PARIT BUNTAR : Adun Titi Serong Ust Abu Bakar Husin menggunakan masa lapang pada sebelah petang untuk bertemu anak-anak muda yang sedang bermain sepak takraw di Parit Tok Ngah. 
 

Kehadiran wakil rakyat ini mengejutkan anak-anak muda namun mereka berasa berbesar hati apabila dikunjungi oleh wakil rakyat PAS itu.
 

Walaupun kehadiran Adun Titi Serong tidak dimaklumkan awal, namun mereka menerima kehadiran beliau dengan senang hati.
 

Kesempatan tersebut telah diambil oleh Ust. Abu Bakar untuk beramah mesra kepada anak-anak muda yang setiap petang bermain di padang tersebut. 
 
Ust. Abu Bakar turut meluangkan masa bermain sepaktakraw bersama anak muda di sini. 
 

Adun Titi Serong itu kemudiannya telah menyerahkan bola takraw kepada wakil anak muda tersebut sebagai tanda sokongan kepada aktiviti-aktiviti menyihatkan badan.
 

Beliau berkata, aktiviti sihat sebegini perlu diberi sokongan agar anak-anak muda terhindar daripada melakukan aktivit-aktiviti yang kurang memberi faedah.
 

0 comments:

Post a Comment