PARIT BUNTAR : Adun Titi Serong Ust
Abu Bakar Husin menggunakan masa lapang pada sebelah petang untuk bertemu
anak-anak muda yang sedang bermain sepak takraw di Parit Tok Ngah.
Kehadiran wakil rakyat ini mengejutkan
anak-anak muda namun mereka berasa berbesar hati apabila dikunjungi oleh wakil
rakyat PAS itu.
Walaupun kehadiran Adun Titi Serong tidak dimaklumkan
awal, namun mereka menerima kehadiran beliau dengan senang hati.
Kesempatan tersebut telah diambil oleh Ust. Abu Bakar
untuk beramah mesra kepada anak-anak muda yang setiap petang bermain di padang
tersebut.
Ust. Abu Bakar turut meluangkan masa bermain
sepaktakraw bersama anak muda di sini.
Adun Titi Serong itu kemudiannya telah menyerahkan bola
takraw kepada wakil anak muda tersebut sebagai tanda sokongan kepada
aktiviti-aktiviti menyihatkan badan.
Beliau berkata, aktiviti sihat sebegini
perlu diberi sokongan agar anak-anak muda terhindar daripada melakukan
aktivit-aktiviti yang kurang memberi faedah.