Beliau ditemui semasa program mengedar buah limau kepada orang Cina di kedai-kedai yang terdapat di Pekan Lama, Pekan Baru dan Pusat Bandar Parit Buntar pada 24 Januari lalu.
“Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina yang ceria menerima edaran limau dari rombongan kami
“ Mereka sudah biasa dengan petugas PAS yang setiap kali sebelum Tahun Baru Cina akan datang mengedarkan limau” katanya
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata , program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.
“ Lebih 2000 biji limau diedarkan kepada masyarakat Cina seluruh Parit Buntar dalam misi turun padang ini.
" Lokasi penyampaian limau ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti kedai –kedai Pekan Parit Buntar , Bagan Tiang, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
Hamdan berkata, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau ini.
“ Mereka diiringi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar iaitu, Ong Choi Ee dan Ricky Tang
“ Kami mengambil masa selama dua hari, pagi dan petang untuk menemui masyarakat Cina di empat komuniti orang Cina di sini” katanya
Turut sama menjayakan program ini AJK Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS, Unit Amal dan Nisa' Parit buntar.
Sekitar program edaran buah limau PAS Parit Buntar
0 comments:
Post a Comment