Wednesday, 19 March 2014

Demo air tangan Ust. Abu Bakar, Ust. Mujahid jadi tarikan

PARIT BUNTAR : Program ‘demo air tangan YB’ menjadi  daya penarik, yang mendapat sambutan kaum wanita dalam program bersama wanita anjuran Dewan Muslimat PAS Parit Buntar sempena Karnival Sambutan 60 Tahun PAS Parit Buntar. 
 

Ketua Muslimat PAS Parit Buntar, Rahimah Osman berkata, program ini disertai Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan ADUN Titi Serong  Ustaz Abu Bakar Hussain bersama isteri masing-masing mempamerkan kebolehan memasak.
 

“ Dr Mujahid dan isteri menunjukkah demontrasi memasak nasi bukhari ala Arab , manakala Ustaz Abu Bakar dan isteri menunjukkan cara menyediakan salatah.
 

 “ Sambil menunjukkan cara masakan , kedua-dua wakil rakyat ini juga menjawab soalan-soalan penonton tentang resepi kehidupan mereka berdua” katanya ketika ditemui semasa program di Kampung Kedah, Parit Buntar pada 1 Februari lalu.
 
Rahimah berkata, program ini semakin menarik dengan penyertaan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Timbalannya, Abdul Bahrain Desa bersama isteri masing-masing. 
 

 “ Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan isteri mempamerkan kebolehan menyediakan jus pelbagai buah-buahan. 
 

“ Sementara Timbalannya, Abdul Bahrain Desa dan isteri menunjukkan demontrasi memasak nasi goreng ayam madu.
 

Menurut Rahimah, program bersama wanita ini turut menyajikan banyak aktiviti seperti demontrasi masakan kalakatar, pertandingan susunan kolaj , ‘al-Quran follow the line’ dan kuiz kenali tokoh.
 

“ Program dimulai dengan demontrasi masakan kalakatar sejenis kuih tradisional masyarakat banjar oleh seorang pakar memasak kalakatar.
 

“ Menghasilkan kalakatar tidaklah begitu rumit, cuma ia memerlukan buah kelapa muda sebagai bahan utama. Selain itu, bahan asas yang diperlukan termasuklah tepung gandum, tepung beras, gula, telur dan sedikit garam “ katanya 
 

Katanya, program diteruskan dengan pertandingan susunan kolaj  wanita dewasa, kuiz kenali tokoh  dan  pertandingan ‘al-Quran follow the line’ untuk remaja wanita
 

“ Bagi susunan kolaj, peserta perlu menyusun bahan dan dilekat di atas permukaan kertas supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tema tertentu.
 

“ Manakala pertandingan ‘al-Quran follow the line’ melibatkan pengetahuan peserta meletakkan tanda baris yang betul pada ayat al-Quran” katanya

Tambahnya, Dewan Muslimat PAS Parit Buntar akan meneruskan aktiviti mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan kaum hawa.

0 comments:

Post a Comment