Pengarah DACS Parit Buntar , Naim Muhammad berkata, konvoi anak muda memulakan acara seawal pagi dari Pekan Batu Lima ke Dataran Purnama, Kampung Kedah
“ Peserta konvoi yang diselia keselamatan mereka oleh Unit Amal Parit Buntar selamat sampai di Dataran Purnama pada jam 9.00 pagi.
“ Semua anak muda berkumpul di Dataran Purnama, mereka kemudiannya menyertai pertandingan sepak raga bulatan” katanya yang ditemui semasa majlis pelancaran DACS di sini.
Naim berkata, selain aktiviti sukan sepak raga, aktiviti seni dan budaya juga dijalankan bersesuaian dengan DACS yang merangkumi sukan, seni dan budaya.
“ Kami menjemput anak muda yang terlibat dalam seni silat mengadakan demontrasi silat bagi mempamerkan kemahiran mereka dalam seni mempertahankan diri
“ Paling menarik, Ali bekas penyanyi kumpulan XPDC turut hadir mendendangkan beberapa buah lagu nostalgia dan lagu dari album terbarunya” katanya
Katanya, Pengarah DACS Pemuda PAS Malaysia Zulkarnain Zaki telah menyempurnakan majlis pelancaran DACS dan empat kelab di bawah DACS Parit Buntar.
“ Empat kelab tersebut ialah Alternative Riding Club (ARC), Alternative Cycling Club (ACC) , Alternative Photography Club (APC) dan Kelab Seni Mempertahankan diri.
“ Anak muda di Parit Buntar yang berminat boleh menyertai mana-mana kelab di bawah DACS Parit Buntar ini” katanya
Sementara itu, dalam ucapan pelancaran Pengarah DACS Pemuda PAS Malaysia Zulkarnain Zaki berharap penubuhan DACS di Parit Buntar dapat menarik dan mengisi ruang masa anak muda dengan aktiviti yang berfaedah
“ Penubuhan DACS adalah untuk menerokai dan bereksperimen dengan pendekatan-pendekatan baru bagi menarik anak muda bersama PAS
“Saya berharap DACS Parit Buntar melaksanakan pelbagai aktiviti yang lebih kreatif untuk belia setempat” katanya
Turut hadir ketika majlis pelancaran ialah Pengarah DACS Perak, Salman Salleh, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pengerusi DHPP Parit Buntar Ricky Tang.
Sekitar Pelancaran DACS Parit Buntar
0 comments:
Post a Comment