Tuesday, 29 January 2013

Ust. Abu Bakar turun bertemu rakyat di Bagan Tiang

PARIT BUNTAR : Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa mengambil kesempatan bertemu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum sambil mengedarkan risalah penerangan di Pasar Sehari , Pekan Bagan Tiang.

Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata, kedua –dua pemimpin ini bersama beberapa orang pimpinan PAS Perak dan Parit Buntar mengambil masa lebih sejam memasuki pasar berkenaan  bersalam-salaman dengan ramai pengunjung yang membeli belah.


“ Program edar risalah ini mempunyai tujuan serampang dua mata, iaitu menyampaikan maklumat bertulis kepada rakyat.

“ Kedua-dua pemimpin PAS ini juga dapat bertemu terus dengan rakyat, bersalam-salaman dan bertanya khabar” katanya
Hairul Nizam berkata, program edar risalah ini diadakan bersempena Program Gerak Tawan Perak anjuran bersama PAS Perak dan PAS Parit Buntar.

“ Seperti program-program lain yang diatur, program edar risalah ini juga mendapat sambutan baik dari penduduk yang hadir ke pasar sehari ini.

“ Penduduk pelbagai kaum menyambut mesra dan menerima edaran risalah dari pimpinan PAS yang menemui mereka” katanya

Menurutnya, Kedua-dua pemimpin PAS berkenaan juga mengunjungi kedai-kedai yang terdapat di Pekan Bagan Tiang.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Misbahul Munir Masduki serta beberapa orang pimpinan PAS Parit Buntar.
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment