Lebih 400 orang telah menghadiri majlis ini yang disampaikan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Kesudian beliau untuk hadir dan memberi ucapan mendapat sambutan hangat dari para hadirin.
Dalam ucapan beliau menyebut bahawa tidak mudah untuk PAS dapat bersama-sama dengan orang Cina terutamanya bagi menyampaikan ucapan seperti di majlis ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada DHPP Parit Buntar kerana berjaya mengadakan majlis ini.
Menurut Presiden PAS, Islam mengamalkan prinsip kebajikan untuk semua.
"Tidak kira sama ada orang Melayu, Cina, India atau mana-mana bangsa kerana Islam tidak mengamalkan pilih kasih kepada mana-mana kaum.
"Adalah menjadi kewajipan pemimpin Islam menjaga kebajikan kepada semua rakyat walaupun mereka itu berlainan fahaman daripada agama Islam" katanya
Beliau berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin Islam tidak mengamalkan sistem
kebajikan secara adil maka Islam akan dipandang serong masyarakat bukan
Islam
" Kaum Tionghua dan India kini sudah tidak takut lagi kepada PAS apabila
memahami perjuangan PAS yang memberi keadilan kepada semua bangsa tanpa
mengira agama, keturunan dan warna kulit.
" Semua ini terbukti dengan
pemerintahan di Kelantan selama lebih 20 tahun, di Kedah dan Perak" katanya
Menurutnya lagi, selama ini ketakutan dan kekeliruan terhadap PAS adalah hasil momokan
dan hasutan dari UMNO dan BN.
" Berbagai doktrin yang ditanamkan kepada
orang-orang Cina dan India bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstrim,
pelampau agama dan sebagainya.
" Akhirnya UMNO/BN berjaya menipu lebih
dari 50 tahun dan kini mereka tidak boleh lagi menipu buat kali yang
seterusnya apabila masyarakat Cina, dan India telah bersama-sama dalam
Pakatan Rakyat. " katanya
Tambahnya, penerangan yang jelas dari PAS menyebabkan mereka telah
memahami keadaan sebenarnya bahawa PAS tidak seperti yang dikatakan oleh
UMNO/BN
" Sambutan yang hangat pada hari ini menggambarkan bahawa PAS kekal di hati rakyat Parit Buntar dan akan dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenangi dalam PRU 13.
" Sambutan yang hangat pada hari ini menggambarkan bahawa PAS kekal di hati rakyat Parit Buntar dan akan dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenangi dalam PRU 13.
" Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada DHPP Parit Buntar yang menganjurkan program ini"katanya
Sementara itu, Pengarah program Ricky Tang memberitahu seramai 300 orang telah menerima sumbangan yang terdiri daripada
berbagai bangsa seperti orang Melayu, Cina dan India.
Turut hadir dalam
majlis ini termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Hj Abu Bakar Hussin,
Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dr. Mujahid Yasof Rawa, Pengerusi DHPP
Pusat, Encik Hu Pang Caw, AJK Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa,
Ketua Penerangan DPP Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin dan YDP Parit Buntar
Tuan Hj. Harun Hashim, AJK PAS Kawasan serta AJK DHPP Kawasan.
0 comments:
Post a Comment