|
Hari sukaneka ini merupakan satu acara tahunan bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Parit Buntar. Seawal jam 8.00 pagi, Dataran Purnama telah dipenuhi dengan murid-murid PASTI, guru-guru PASTI, dan waris-waris serta penduduk sekitar.
Program bermula dengan Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar, Wakil PASTI Negeri Perak, dan ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain yang telah diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Titi Serong dalam PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Upacara memotong belon telah dilakukan oleh Ustaz Abu Bakar sebagai simbolik perasmian.
Tepat jam 9.30 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu acara Sukaneka. Sebanyak 39 acara telah berlangsung dengan dua acara melibatkan waris.
Manakala 1 acara lagi dibuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Bermakna, sebanyak 36 acara untuk murid-murid PASTI yang telah disusun. Antaranya Lari Pecut, Lari Berhalangan, Isi air dalam botol, menyusun huruf dan banyak lagi.
Dengan
bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Nisa’, Semua acara
berlangsung dengan baik. Acara sukaneka yang dipertandingkan telah berakhir
pada jam 12.40 petang.
Ucapan
Penutup telah disampaikan oleh Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar
seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tahniah
diucapkan kepada PASTI Al-Munir, Taman Murni kerana telah berjaya menjadi juara
keseluruhan. Malah, kejuaraan pada tahun ini merupakan kemenangan tahun ke tiga
berturut-turut bagi mereka.
Tahniah
juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membawa pulang hadiah
kemenangan kali ini. Kepada yang tidak menang, insya-Allah boleh cuba lagi
tahun hadapan.
Terima
kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus
menjayakan program ini.
Barisan pengadil sudah bersedia.
0 comments:
Post a Comment