PARIT BUNTAR : Kakitangan Awam terutamanya guru mestilah berani
untuk membuat perubahan dalam politik negara, kata Dato Adnan Ibrahim,
bekas mantan Pengarah Pelajaran Perak dalam satu perjumpaan tertutup
dengan guru-guru yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar baru-baru ini.
Semua orang perlu berubah dari buruk kepada kebaikan katanya lagi.
Beliau menjelaskan selama lebih 28 tahun beliau menjadi ahli UMNO,
banyak keburukan yang telah beliau melihatnya sendiri dan kini tiba masa
untuk berubah kepada kebaikan dan menyertai PAS.
Perubahan seperti ini telah disebut di dalam al-Quran yang menuntut manusia berubah menjadi baik.
Beliau mengajak semua kakitangan awan agar tidak takut untuk memberi
undi kepada Pakatan Rakyat yang jelas ingin membawa perubahan kepada
yang lebih baik lagi untuk rakyat Malaysia.
UMNO/BN telah memerintah lebih 50 tahun dan dilihat sudah tidak boleh
diharapkan dan diyakini lagi oleh rakyat. Berbagai keburukkan dan
kezaliman telah dilakukan oleh mereka menyebabkan rakyat mula mencari
alternatif baru untuk mentadbir negara ini dengan lebih baik lagi.
Jelas sekali kebobrokan oleh UMNO/BN yang melakukan pelbagai
penyelewengan dan penyalahguna kuasa tidak lagi memberi keutamaan kepada
kebajikan rakyat.
Sebaliknya hanya mementingkan segolongan kroni mereka sahaja untuk terus
merebut khazanah kekayaan negara dengan cara yang kotor dan jijik
sekali. Rakyat terus dipinggirkan.
Ia dapat dilihat melalui isu lembu, isu kapal selam, isu PKFZ dan
berbagai isu lain. Semuanya hanya menguntungkan orang yang tertentu
sahaja. Slogan ; Rakyat didahulukan ,Pencapaian diutamakan; hanya
tinggal slogan shaja.
Diakhir-akhir ini rakyat diberi rasuah dan disogokkan dengan berbagai
bantuan seperti BR1M, Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dan sebagainya
adalah kerana pilihanraya semakin hampir.
Mengapakah bantuan ini dibuat ketika sudah hampir waktu PRU13?Tidak lain
tidak bukan untuk memancing undi dalam pilihanraya akan datang,
Berbeza dengan Pakatan rakyat yang telah membuat suatu manifesto dalam
buku jingganya sebagai satu dasar yang akan dilaksanakan apabila diberi
peluang untuk memerintah di Putrajaya. Ini bukan janji kosong tetapi ia
optimis boleh dilaksanakan.
Oleh itu semua rakyat tidak kira samada guru atau kakitangan
perkhidmatan awam yang lain mestilah membuat perubahan dengan menyokong
dan mengundi PR untuk merealisasikan apa yang terkandung dalam buku
jingga itu,
Kepentingan kakitangan awam terutamanya golongan guru akan dipertahankan
dan dijaga dengan sebaiknya oleh PR. Sudah tiba masanya untuk semua
kakitangan awam memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya
yang akan datang. Kini dianggarkan dari kajian yang dijalankan 60
peratus mereka telah menyokong PR.
Turut berucap ialah Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak dan YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.
|
0 comments:
Post a Comment