PARIT BUNTAR : Program-program anjuran PAS Parit Buntar terus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.
Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata , terbaru adalah Karnival Cakna Rakyat PAS Parit Buntar menyajikan
pelbagai acara sepanjang hari yang diadakan di perkarangan Surau Sungai
Labu Bawah dekat sini khusus untuk penduduk tempatan.
“ Program kali ini diadakan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Perak sempena Program Gerak Tawan Perak bagi DUN Titi Serong
“
Karnival Cakna Rakyat ini merupakan salah satu acara dari pelbagai
program yang diatur sempena Program Gerak Tawan Perak ini” katanya
Menurutnya,
Karnival Cakna Rakyat merupakan aktiviti berterusan PAS Parit Buntar
bertujuan merapatkan hubungan di antara pimpinan PAS dengan masyarakat
setempat dengan menganjurkan program yang boleh dimanfaatkan oleh
mereka.
“
Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di antara penduduk
dan PAS Parit Buntar masing- masing melalui acara untuk pelbagai
peringkat umur termasuk bagi golongan lelaki dewasa, wanita dan kanak-
kanak.
“Dalam
masa yang sama juga penduduk dapat beramah mesra bersama pemimpin PAS
yang hadir di samping bertemu pemimpin peringkat akar umbi dalam kawasan
Sungai Labu Bawah ini,” katanya.
Hairul Nizam berkata, pelbagai pertandingan dan khidmat kesihatan percuma disediakan sepanjang program tersebut yang bermula awal pagi sehingga petang.
“ Antara acara yang diadakan ialah mewarna kanak-kanak, isi air dalam botol , bawa belon dalam sudu dan acara terbaru mencorak abjad.

"
Acara dewasa pula melibatkan boling kelapa, gusti lengan dan balin
belon air . Manakala acara gubahan, masakan, raut lidi , anyam ketupat
dan kupas epal disediakan untuk kaum wanita" katanya
Katanya, semua yang diaturkan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur.
Katanya, semua yang diaturkan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur.
0 comments:
Post a Comment