This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, 31 January 2013

Ust. Abu Bakar rasmi pertandingan futsal anak muda


PARIT BUNTAR : Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin telas merasmikan Pertandingan Futsal anak muda  anjuran Dewan Pemuda Pas Parit Buntar dengan kerjasama pemuda Pas Parit Tok Ngah  

Pertandingan Futsal tertutup yang telah disertai oleh 10 pasukan ini diadakan di Padang Futsal, Taman Desa Aman, Tanah Kebun.

Pengerusi Lujnah Sukan Syahrin Mat Daud berkata, pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah dari kawasan sekitar Parit Tok Ngah , Parit Haji Wahab dan pasukan jemputan.

“ Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin telah melakukan aksi menendang bola ke gawang sebagai simbolik upacara perasmian.
“ Manakala, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa “ katanya
Syahrin berkata, pasukan Fleet United telah menjadi juara dalam pertandingan yang dibuat secara liga ini.
“ Pertandingan futsal ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pemuda Parit Tok Ngah dan Parit Haji Wahab yang bermain dengan penuh semangat kesukanan.

 “ Dewan Pemuda Pas Parit Buntar akan terus bersama dengan pemuda serta akan menganjurkan perlawanan yang lebih besar pada masa akan datang.

Sementara itu, Penyelaras pertandingan Mohd Syahidan Abdullah , 36   gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya pemuda kepada pertandingan futsal berkenaan

“  Pertandingan yang bertujuan mengumpulkan kelompok anak-anak muda, bersukan sambil mengeratkan silaturrahim, ternyata mendapat sambutan meriah baik di kalangan pasukan yang bertanding dan masyarakat sekitar yang datang untuk turut menyaksikannya.

“ Saya berharap pada masa depan, program sebegini diteruskan supaya anak muda yang meminati sukan tetap bersama Pas “ katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pesuruhjaya PAS Perak lawat sawah diserang bena perang

PARIT BUNTAR : Lebih 80 hektar sawah di kawasan Bagan Tiang, di sini, musnah akibat serangan bena perang menyebabkan petani mengalami kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.

Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Tiang, Zulkhefly Asmawi, 54, berkata, ancaman serangga perosak itu bermula sejak tiga minggu lalu apabila sebahagian besar sawah yang diusahakan lebih 80 petani di Kedai Empat dan Parit 310 musnah.

Menurutnya, serangan bena perang pada musim ini antara yang paling teruk dialami petani di Kerian dan pihaknya dimaklumkan lebih 200 hektar sawah seluruh daerah terjejas.

“Sebahagian besar petani tidak menyedari ancaman itu di peringkat awal memandangkan kerana serangga berkenaan mula menyerang padi berusia 70 hingga 85 hari.

 

“Kemusnahan padi memberi impak kepada petani memandangkan kami berhutang dengan pengilang untuk dijadikan modal permulaan," katanya selepas mengetuai lebih 40 petani meninjau di sawah di sekitar kawasan Kedai Empat dan Parit 310, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Kata Zulkhefly, berdasarkan pengiraan, kadar kerugian dialami petani dianggarkan berjumlah RM9,000 hingga RM10,000 sehektar.

Dia berharap Jabatan Pertanian serta Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian dapat mencari penyelesaian terbaik untuk membantu petani.

Bekalan racun tak cukup AHLI Jemaah Pengarah PPK Bagan Tiang, Abdul Rahman Abdul Wahab, berkata, ancaman serangan bena perang menjadi serius apabila racun khas membasmi serangga itu yang dibekalkan Jabatan Pertanian tidak mencukupi.

Jelasnya, sehingga kini, pihak jabatan dan IADA Kerian hanya mampu membekalkan tiga kotak racun kepada setiap petani tanpa mengira jumlah keluasan sawah yang dimiliki.

"Keadaan itu meresahkan petani kerana jumlah agihan hanya cukup untuk kegunaan 0.4 hektar sawah sahaja.

“Lebih memburukkan keadaan, bekalan racun turut habis dijual di kedai sekitar daerah ini berikutan permintaan tinggi disebabkan ancaman serangan bena perang," katanya.

Abdul Rahman menggesa Jabatan Pertanian dan IADA Kerian mempercepatkan usaha mendapatkan bekalan racun itu dengan amaun mencukupi bagi mengawal serangan bena perang.

Seorang pesawah dari Kedai Empat, Mat Daud Juniad, 59, berkata, persiapan persekolahan anaknya tidak dapat disediakan kerana tanaman padinya yang hampir dituai rosak akibat diserang bena perang.

Menurutnya, dia mengusahakan kira-kira 1.5 hektar sawah dan hampir keseluruhan musnah menyebabkan pendapatan merosot teruk.

“Serangan itu terlalu cepat dan hampir keseluruhan sawah saya musnah menyebabkan saya kerugian hampir RM10,000,” katanya.

Sementara itu, Dr Mujahid ketika ditemui menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempertimbangkan pemberian pampasan kepada petani yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

Menurutnya, ancaman serangan bena perang itu harus ditangani pihak kementerian secara bijaksana.

“Saya juga merayu pihak kementerian untuk mempertimbangkan penggunaan racun lain bagi memenuhi keperluan petani,” katanya.

Serangan masih terkawal

PENGARAH IADA Kerian, Zahimi Hassan ketika dihubungi menegaskan ancaman serangan bena perang di daerah Kerian masih terkawal dan belum mencapai tahap membimbangkan apabila 331 hektar sawah padi diusahakan 326 petani terlibat.

Menurutnya, IADA Kerian bersama Jabatan Pertanian sudah menubuhkan bilik operasi bagi membendung serangan itu daripada merebak ke Kerian Darat sejak dua minggu lalu kerana, setakat ini tertumpu di Kerian Laut.

“Pihak bilik operasi mengenal pasti lokasi sawah di Bagan Tiang dan Tanjung Piandang sebagai kawasan paling teruk terjejas dan kami turut mewujudkan zon penampan (buffer zone) di Kuala Kurau bagi mengelakkan serangan itu merebak ke kawasan Kerian Darat.

“Sebelum ini, ancaman serangan bena perang di Kerian paling teruk berlaku pada 2009 apabila sawah seluas lebih 600 hektar terjejas, jadi, kami mempertingkatkan penyediaan bekalan stok racun untuk kegunaan 600 hektar sebagai persediaan awal,” katanya.

Zahimi turut menegaskan cadangan pemberian pampasan kepada petani tidak pernah timbul memandangkan serangan bena perang tidak dianggap sebagai bencana alam.SH
 

Ust. Abu Bakar Husin rasmi Mini Konvokesyen Pasti Parit Buntar

PARIT BUNTAR :  Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Parit Buntar telah mengadakan Hari Mini Konvokesyen PASTI yang telah diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain, Titi Serong baru-baru ini.
Program yang melibatkan kira-kira 320 murid daripada sembilan buah PASTI ini merupakan hari anugerah kecemerlangan murid sepanjang tahun 2012 . 
Majlis telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain.

Menurut Pengerusi PASTI Parit Buntar, Amir Abdullah Thani pada tahun ini PASTI telah mengubah konsep majlis hari anugerah dengan meraikan anak-anak cemerlang ini dengan gaya mini konvokesyen.
 
" PASTI Parit Buntar sememangnya melahirkan ramai murid cemerlang yang bukan sahaja dari aspek kurikulum malah ko-kurikulum.

" Pada tahun ini PASTI  Parit Buntar telah memenangi beberapa kejuaraan seperti mendapat tempat ketiga PASTI peringkat kebangsaan dalam acara hafazan lelaki, naib johan PASTI peringkat negeri Perak dalam acara hafazan perempuan, pertandingan azan, nasyid dan kalam jamaie" katanya
Amir berkata, pada tahun 2013 PASTI Parit Buntar akan melebarkan sayapnya untuk PASTI unit ke 10 di Taman Desa Mekar.
 
" Kita mensasarkan murid PASTI akan bertambah sehingga 400 orang pada tahun hadapan dan berharap ramai ibu bapa dapat menghantar anak mereka ke PASTI kerana murid PASTI merupakan murid berkualiti.

Murid Terbaik Enam Tahun Seluruh PASTI tahun ini dianugerahkan kepada Ammar Safwan bin Asrul Azwan manakala Murid Lima Tahun kepada Nur Balqis Batrisya binti Mohd Syukri yang kedua-duanya dari PASTI Al-Munir.
 
Turut hadir sama menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang PASTI ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim dan Timbalan Yang Dipertua, Baharin Desa. 

Tetamu khas yang hadir
 
Ibu bapa hadir meraikan anak-anak
 
Pelajar PASTI dari 9 buah PASTI Kawasan Parit Buntar
 
Menunggu masa menerima sijil
 


Menunggu masa menerima sijil
 
  Ucapan perasmian Pesuruhjaya PAS Perak
 
Pesuruhjaya PAS Perak menyampaikan sijil
 
Yang Dipertua PAS Parit Buntar menyampaikan sijil
 
Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar menyampaikan sijil
 
Persembahan pelajar
 
Persembahan Pelajar
 
Persembahan pelajar
 
Persembahan pelajar
 
Murid Terbaik bersama ibu bapa
 
Murid Terbaik Lima Tahun 

Ust. Abu Bakar sumbang beg sekolah

PARIT BUNTAR : Seramai 300 pelajar sekolah sekitar Parit Buntar menerima bantuan beg sekolah sumbangan Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar. 
 
Pengerusinya Abdul Bahrin Desa berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna.
 
“Program ini termasuk dalam program ‘Kembali Ke Sekolah’ peringkat parlimen Parit Buntar yang diadakan setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim.
 
“ Pada tahun ini, seramai 300 pelajar menerima beg sekolah termasuk pelajar dari kaum Cina dan India “ katanya
 
Abdul Bahrin berkata, majlis penyampaian beg sekolah diadakan di beberapa tempat termasuk di komuniti orang Cina dan India. 
 
“ Seramai 200 pelajar menerimanya dalam majlis penyerahan beg sekolah di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.
 
“ Manakala selebihnya diadakan di beberapa penempatan orang Cina dan India melibatkan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Bagan Tiang “ jelasnya
 
Menurutnya, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin turut menyumbang kepada Lujnah Kebajikan untuk program ini.
 
“  Setiap tahun, kami dapati ada keluarga miskin yang tidak dapat membeli barangan persekolahan anak-anak mereka kerana kekangan kewangan.
 
“ Justeru itu, kami berharap sumbangan beg sekolah ini dapat meringan bebanan kewangan yang terpaksa ditangung ibu bapa mereka bagi membeli kelengakapan persekolahan” katanya
 
Katanya, majlis penyerahan beg sekolah ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim
 
“ Turut hadir menyampaikan beg sekolah kepada pelajar ialah isteri Pesuruhjaya PAS Perak Puan Norain Omar bersama Datin Zuraida Husin isteri Ahli Parlimen Parit Buntar.
“ Pelajar-pelajar ini cukup gembira menerima beg-beg baru ini yang dapat mengantikan beg-beg mereka yang lama.” katanya
 
Menurutnya, program tersebut akan diteruskan bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan bagi meneruskan persekolahan mereka.
 
“ Kami berharap semua pelajar ini supaya dapat belajar bersungguh-sungguh dan berjaya di masa hadapan.
 
“ Kejayaan-kejayaan ini akan dapat mengubah nasib keluarga di masa hadapan” katanya
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 29 January 2013

Ust. Abu Bakar dan isteri santuni anak yatim pilih pakaian sekolah


PARIT BUNTAR : Seramai 30 orang anak yatim dan miskin mendapat perhatian Pas Kawasan Parit Buntar untuk membantu mereka menyediakan pakaian serta beg sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2013. 
 

Penyelaras program, Hamdan Fadel Ahmad berkata, Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan program tahunan Pas Kawasan Parit Buntar bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan membuat persediaan untuk kembali ke sekolah.

“Program ini memfokuskan kepada anak-anak yatim miskin dan anak-anak golongan fakir miskin di Parit Buntar.
“ Pas Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama pihak korporat akan membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sessi persekolahan 2013.
Hamdan berkata, objektif utama program ini adalah mengurangkan beban golongan fakir miskin dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sessi persekolahan 2013 dengan kelengkapan yang mencukupi.

“ Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut dan beg sekolah .

“ Lebih menarik lagi, sesi bantuan ini turut melibatkan penyertaan pelajar tersebut. Mereka akan kami bawa ke pusat beli-belah untuk mereka merasai sendiri keseronokan membuat persiapan persekolahan, katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Husain dan isteri Puan Norain Omar telah meluangkan masa menyantuni pelajar-pelajar ini memilih pakaian sekolah di sebuah pasaraya di Parit Buntar.

Ust. Abu Bakar berharap sumbangan ini akan menyuntik semangat kepada pelajar untuk belajar dan berjaya

 " Apa yang ingin kami berikan sebenarnya bukan sekadar pakaian serta barang kelengkapan persekolahan tetapi kasih sayang kepada anak yatim.

“ Kami akan menemani mereka untuk membeli dan memilih pakaian yang bersesuaian agar mereka dapat merasai sendiri bagaimana rakan-rakan mereka yang lain saban tahun ditemani oleh ayah atau ibu tersayang bagi membeli barangan keperluan sekolah” katanya

Beliau gembira dapat bersama Pas Kawasan Parit Buntar menjayakan program ‘Kembali Ke Sekolah”

" Sebelum ini , seramai 300 pelajar di Parit Buntar telah menerima bantuan beg sekolah melalui program ini.

“ Kami merancang untuk meraikan lebih ramai lagi pelajar yang memerlukan pada pada tahun hadapan” katanya
Ust. Abu Bakar menemani pelajar memilih kasut sekolah
 
Puan Noraini Omar mengenakan pakaian sesuai kepada pelajar
 
Ust. Abu Bakar menyampaikan uniform sekolah kepada pelajar
 
Ust. Abu Bakar mendoakan kejayaan pelajar

Ust. Abu Bakar terima borang sertai Unit Amal dari anak muda Sungai Betul


PARIT BUNTAR : Seramai 45 anak muda di sekitar Tanjung Piandang telah menyertai Unit Amal Parit Buntar dalam satu majlis yang diadakan di Sungai Betul, Tanjung Piandang.
 
Pengarah Jabatan Amal Parit Buntar Zainudin Osman berkata, kesemua mereka bersedia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan terutama khidmat berbentuk kebajikan sesuai dengan objektif penubuhan Unit Amal.
 
“Setakat ini Unit Amal banyak memberi khidmat sebagai petugas keselamatan dan parkir setiap kali program yang melibatkan jumlah kehadiran yang besar.
 
“ Penambahan ahli baru dapat membantu mengerakkan Unit Amal Parit Buntar agar lebih aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.” katanya
 
Zainuddin berkata, Pesuruhjaya Pas Perak Abu Bakar Husin telah sudi meraikan ahli baru Unit Amal Parit Buntar pada majlis penyertaan ahli baru ini.
 
“ Pesuruhjaya Pas Perak telah menyerahkan t-shirt rasmi Unit Amal kepada semua ahli baru sebagai tanda mereka diterima berkhidmat untuk Unit Amal.
 
“Mereka akan didedahkan dengan konsep kerja amal dalam Islam yang dilaksanakan Unit Amal melalui pelbagai aktiviti yang diadakan”katanya  

Sementara itu, Ketua Pas Cawangan Sungai Betul Bawah Abd Razak Teridi berharap Unit Amal Parit Buntar perlu mengorak langkah lebih aktif agar diminati oleh anak-anak muda di cawangan-cawangan. 
 
“ Ramai anak muda yang masih belum jelas pemahaman mereka tentang Unit Amal menyebabkan mereka kurang berminat menyertai Unit Amal. 
 
 “ Apabila kita kumpulkan anak muda di kawasan Tanjung Piandang dan beri kefahaman tentang Unit Amal, hasilnya ramai yang berminat menyertai Unit Amal.”katanya
 
Turut hadir memberi sokongan dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Pas Parit Buntar Harun Hashim dan Ketua Pemuda Pas Parit Buntar Dr. Mahyuddin Ibrahim.

Dato' Adnan Ibrahim, Ust. Abu Bakar bertemu guru-guru



PARIT BUNTAR  : Kakitangan Awam terutamanya  guru mestilah berani untuk membuat perubahan dalam politik negara, kata Dato Adnan Ibrahim, bekas mantan Pengarah Pelajaran Perak dalam satu perjumpaan tertutup dengan guru-guru yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar baru-baru ini.

Semua orang perlu berubah dari buruk kepada kebaikan katanya lagi. Beliau menjelaskan selama lebih 28 tahun beliau menjadi ahli UMNO, banyak keburukan yang telah beliau melihatnya sendiri dan kini tiba masa untuk berubah kepada kebaikan dan menyertai PAS.

Perubahan seperti ini telah disebut  di dalam al-Quran yang menuntut manusia berubah menjadi baik.
Beliau mengajak semua kakitangan awan agar tidak takut untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang jelas ingin membawa perubahan kepada yang lebih baik lagi untuk rakyat Malaysia.

UMNO/BN telah memerintah lebih  50 tahun dan dilihat sudah tidak boleh diharapkan dan diyakini lagi oleh rakyat. Berbagai keburukkan dan kezaliman telah dilakukan oleh mereka menyebabkan rakyat mula mencari alternatif baru untuk mentadbir negara ini dengan lebih baik lagi.

Jelas sekali kebobrokan oleh UMNO/BN  yang melakukan pelbagai penyelewengan dan penyalahguna kuasa tidak lagi memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

Sebaliknya hanya mementingkan segolongan kroni mereka sahaja untuk terus merebut khazanah kekayaan negara dengan cara yang kotor dan jijik sekali. Rakyat terus dipinggirkan.

Ia dapat dilihat melalui isu lembu, isu kapal selam, isu PKFZ dan berbagai isu lain. Semuanya hanya menguntungkan orang yang tertentu sahaja. Slogan ; Rakyat didahulukan ,Pencapaian diutamakan; hanya tinggal slogan shaja.

Diakhir-akhir ini rakyat diberi rasuah dan disogokkan dengan berbagai bantuan seperti BR1M, Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dan sebagainya adalah kerana pilihanraya semakin hampir.

Mengapakah bantuan ini dibuat ketika sudah hampir waktu PRU13?Tidak lain tidak bukan untuk memancing undi dalam pilihanraya akan datang,

Berbeza dengan Pakatan rakyat yang telah membuat suatu manifesto dalam buku jingganya sebagai satu dasar yang akan dilaksanakan apabila diberi peluang untuk memerintah di Putrajaya. Ini bukan janji kosong tetapi ia optimis boleh dilaksanakan.

 Oleh itu semua rakyat tidak kira samada guru atau kakitangan perkhidmatan awam yang lain mestilah membuat perubahan dengan menyokong dan mengundi PR untuk merealisasikan apa yang terkandung dalam buku jingga itu,

Kepentingan kakitangan awam terutamanya golongan guru akan dipertahankan dan dijaga dengan sebaiknya oleh PR. Sudah tiba masanya untuk semua kakitangan awam memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Kini dianggarkan dari kajian yang dijalankan 60 peratus mereka telah menyokong PR.

Turut berucap ialah Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak dan YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

 

Presiden , Pesuruhjaya PAS rai sumbangan DHPP kepada warga emas

PARIT BUNTAR :  Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar telah mengadakan  majlis sumbangan warga emas dan miskin penduduk Parit Buntar di Dewan Kapitol, Pekan Lama dekat sini. 
 
Lebih 400 orang telah menghadiri majlis ini yang disampaikan  oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Kesudian beliau untuk hadir dan memberi ucapan mendapat sambutan hangat dari para hadirin.
 
Dalam ucapan beliau menyebut bahawa tidak mudah untuk PAS dapat bersama-sama dengan orang Cina terutamanya bagi menyampaikan ucapan seperti di majlis ini. 
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada DHPP Parit Buntar kerana berjaya mengadakan majlis ini.
 

Menurut Presiden PAS,  Islam mengamalkan prinsip kebajikan untuk semua. 
 
"Tidak kira sama ada orang Melayu, Cina, India atau mana-mana bangsa kerana Islam tidak mengamalkan pilih kasih kepada mana-mana kaum. 
 
"Adalah menjadi kewajipan pemimpin Islam menjaga kebajikan kepada semua rakyat walaupun mereka itu berlainan fahaman daripada agama Islam" katanya
Beliau berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin Islam tidak mengamalkan sistem kebajikan secara adil maka Islam akan dipandang serong masyarakat bukan Islam
 
" Kaum Tionghua dan India kini sudah tidak takut lagi kepada PAS apabila memahami perjuangan PAS yang memberi keadilan kepada semua bangsa tanpa mengira  agama, keturunan  dan warna kulit.
 
" Semua ini terbukti dengan pemerintahan di Kelantan selama lebih 20 tahun, di Kedah dan Perak" katanya
 
Menurutnya lagi, selama ini ketakutan dan kekeliruan terhadap PAS adalah hasil momokan dan hasutan dari UMNO dan BN.
 
" Berbagai doktrin yang ditanamkan kepada orang-orang Cina dan India bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstrim, pelampau agama dan sebagainya.
 
" Akhirnya UMNO/BN berjaya menipu lebih dari 50 tahun dan kini mereka tidak boleh lagi menipu buat kali yang seterusnya apabila masyarakat Cina, dan India telah bersama-sama dalam Pakatan Rakyat. " katanya
 
Tambahnya, penerangan yang jelas dari PAS menyebabkan mereka telah memahami keadaan sebenarnya bahawa PAS tidak seperti yang dikatakan oleh UMNO/BN

" Sambutan yang hangat pada hari ini menggambarkan bahawa PAS kekal di hati rakyat Parit Buntar dan akan dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenangi dalam PRU 13.
 
" Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada DHPP Parit Buntar yang menganjurkan program ini"katanya
 
Sementara itu, Pengarah program Ricky Tang memberitahu seramai 300 orang telah menerima sumbangan yang terdiri daripada berbagai bangsa seperti orang Melayu, Cina dan India.
 
Turut hadir dalam majlis ini termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Hj Abu Bakar Hussin, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dr. Mujahid Yasof Rawa, Pengerusi DHPP Pusat, Encik Hu Pang Caw, AJK Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, Ketua Penerangan DPP Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin dan YDP Parit Buntar Tuan Hj. Harun Hashim, AJK PAS Kawasan serta AJK DHPP Kawasan.
 

Pesuruhjaya PAS Perak bersama penduduk Sungai Labu Bawah di Karnival Cakna Rakyat

PARIT BUNTAR : Program-program anjuran PAS Parit Buntar terus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.
 
Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata , terbaru adalah Karnival Cakna Rakyat PAS Parit Buntar menyajikan pelbagai acara sepanjang hari yang diadakan di perkarangan Surau Sungai Labu Bawah dekat sini khusus untuk penduduk tempatan.
 
“ Program kali ini diadakan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Perak sempena Program Gerak Tawan Perak bagi DUN Titi Serong
 
“ Karnival Cakna Rakyat ini merupakan salah satu acara dari pelbagai program yang diatur sempena Program Gerak Tawan Perak ini” katanya
 
Menurutnya, Karnival Cakna Rakyat merupakan aktiviti berterusan PAS Parit Buntar bertujuan merapatkan hubungan di antara pimpinan PAS dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan program yang boleh dimanfaatkan oleh mereka.
 
“ Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di antara penduduk dan PAS Parit Buntar masing- masing melalui acara untuk pelbagai peringkat umur termasuk bagi golongan lelaki dewasa, wanita dan kanak- kanak.
 
“Dalam masa yang sama juga penduduk dapat beramah mesra bersama pemimpin PAS yang hadir di samping bertemu pemimpin peringkat akar umbi dalam kawasan Sungai Labu Bawah ini,” katanya.

Hairul Nizam berkata, pelbagai pertandingan dan khidmat kesihatan percuma disediakan sepanjang program tersebut yang bermula awal pagi sehingga petang.

“ Antara acara yang diadakan ialah mewarna kanak-kanak, isi air dalam botol , bawa belon dalam sudu dan acara terbaru mencorak abjad.
 
" Acara dewasa pula melibatkan boling kelapa, gusti lengan dan balin belon air . Manakala acara gubahan, masakan, raut lidi , anyam ketupat dan kupas epal disediakan untuk kaum wanita" katanya

Katanya, semua yang diaturkan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur.
 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah berkesempatan bersama dalam program bersama rakyat ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang diadakan.