This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 7 October 2013

ADUN Titi Serong rai 100 peserta tadarus di majlis Khatam Al-Quran

PARIT BUNTAR  : Lebih 100 peserta tadarus Al-Quran anjuran Halwa Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Kurau menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada 19 Ogos 2013 di Markas PAS MTD Kuala Kurau , Batu 13 di sini. 
Perasmian majlis penutup Khatam Al-Quran disempurnakan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain. 

Pengarah Halwa MTD Kuala Kurau , Norijan Omar berkata, program tadarus Al-Quran ini telah diadakan dalam bulan Ramadhan dengan diketuai Ustazah Azizah Haji Awang. 

“ Program tadarus pada tahun ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kaum wanita dalam DUN Kuala Kurau ini. 

“ Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini adalah kemuncak kepada program tadarus yang kita adakan pada bulan Ramadhan yang lalu” katanya 
Sementara itu, Ustaz Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Halwa MTD Kuala Kurau kerana berjaya menganjurkan program tadarus Al-Quran dan mendapat sambutan baik dari kaum wanita.

“Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadhan.

“ Amalan tadarus ini amat baik bagi mempertingkatkan mutu dan ketepatan bacaan masing-masing.

Beliau berharap amalan tadarus Al-Quran tidak terhenti hanya di bulan Ramadhan sebaliknya diteruskan dalam bulan – bulan lain.

“ Amalan tadarus yang dilakukan dalam bulan Ramadhan hendaklah diteruskan di luar Ramadan walaupun Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. 

“ Begitu juga amalan lain seperti berpuasa, sembahyang berjemaah , sembahyang tahajjud dan witir “ katanya

Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta tadarus telah disempurnakan oleh Hajah Norain Omar isteri kepada ADUN Titi Serong.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah MTD Kuala Kurau Abdul Bahrain Desa dan Pengerusi Badan Kebajikan Kuala Kurau Haji Muhammad Abdullah.
 
Sekitar program Majlis Khatam Al-Quran

ADUN Titi Serong, Ahli Parlimen rai anak yatim, guru Pasti , murabitun

PARIT BUNTAR : Kedatangan syawal tahun ini pasti disambut ceria oleh 250 orang anak yatim yang menerima sumbangan hamper dan duit raya daripada PAS Kawasan Parit Buntar.
Turut merasai kegembiraan mendapat sumbangan ialah guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) , aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar dan murabitun.

Kesemua mereka diraikan semasa Majlis Iftar Perdana bersama Anak Yatim yang diadakan di Dewan Taman Kerian Permai pada 4 Ogos lepas.

Johan Qari Kebangsaan 2013, Ustaz Anuar Hasin turut bersama meraikan anak-anak yatim dan memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sementara menanti waktu berbuka puasa.

Pengarah program, Abdul Baharin Mat Desa berkata, Majlis Iftar Perdana ini adalah kemuncak bagi  program ehya’ Ramadhan yang merangkumi program sumbangan pengimarahan masjid dan surau,pesakit hospital, fakir miskin dan guru Al-Quran serta iftar (berbuka puasa) perdana bersama-sama anak yatim, guru pasti bersama pimpinan PAS Parit Buntar.
“Dalam majlis pada hari ini sejumlah 250 anak-anak yatim , guru pasti dan murabitun telah diraikan dengan sumbangan duit raya dan cenderahati.
“Kira-kira 300 tetamu hadir termasuk pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Nisa', Unit Amal dan cawangan-cawangan” katanya 

Bahrain berkata, sejumlah RM80,000.00 dikumpulkan tahun ini untuk Infaq Ramadan bagi menjayakan program kebajikan anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong. 
“ Gerak kerja mencari dana bagi program Ramadhan ini telah bermula sejak bulan Jun yang lalu.

“ Setiap jawatankuasa PAS yang terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Urusan Ulama' termasuklah Ahli Parlimen, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain diminta mencari dana bagi menjayakan program ini” katanya

Beliau melahirkan kesyukuran kerana semua majlis yang dirancang sepanjang Ramadhan dapat berjalan lancar dan tersusun.

“ Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyumbang yang banyak memberikan sumbangan dalam bentuk tunai, beras serta barangan keperluan dapur untuk kami serahkan kepada masyarakat yang memerlukan di Parit Buntar

“ Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis ini termasuk Unit Amal, Ameerah dan Nisa’ Parit Buntar serta PAS Cawangan yang sentiasa memberi kerjasama” katanya

Turut sama meraikan majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr. 
Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari serta Pengerusi DHPP Parit Buntar, Ricky Tang .
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar , ADUN Titi Serong , Jawatankuasa PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Unit Amal, Amerah , Nisa’ dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya di Parit Buntar.
 
Sekitar Majlis Iftar Perdana Bersama Anak Yatim

Tuesday, 6 August 2013

ADUN Titi Serong terima kunjungan pelajar Pusat Dakwah Serantau


PARIT BUNTAR : ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain menerima kunjungan seramai 25 orang pelajar daripada Pusat Dakwah Serantau Yayasan Amal Malaysia ke Pusat Khidmat DUN Titi Serong pada 29 Julai lepas. 
 
Lawatan bertemu ulama dan pendakwah seperti ADUN Titi Serong ini adalah salah satu program dalam Kembara Ramadhan Pusat Dakwah Serantau Yatasan Amal Malaysia.
 
Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
 
Kedatangan rombongan pelajar ini disambut gembira ADUN Titi Serong dan diraikan dalam majlis ringkas di pejabat beliau.
 
Ustaz Abu Bakar mengalu-alukan kedatangan bakal pendakwah muda yang sedang menjalani latihan di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.


“ Mereka adalah golongan terpilih dari Sabah, Sarawak, Vietnam, Kemboja, Orang Asal yang dilatih sebagai  pendakwah dan akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.
 
“ Saya doakan mereka menjadi pendakwah yang komited  untuk menggerakkan kerja dakwah di pedalaman tempat asal mereka” katanya
 
Pelajar-pelajar ini juga mendapat nasihat berguna sebagai pendakwah dalam taujihat yang disampaikan ADUN Titi Serong pada majlis berkenaan.
 
Ustaz Abu Bakar turut menghadiahkan cenderamata tulisan khat kepada wakil pelajar berkenaan.Pelajar-pelajar ini kemudiannya menghadiri iftar jamaie bersama penduduk setempat di Surau Taman Murni.
 
Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pegawai Khas ADUN Titi Serong Haji Abdul Rahman Wahab.
 
Sekitar Kujungan Pendakwah Muda 
 

Ahli Parlimen, Adun turun padang edar bubur lambuk

PARIT BUNTAR : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain bersama isteri masing-masing turun padang mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui jalan rakyat di Kampung Kedah pada 28 Julai lepas.
 
Pembantu Khas ADUN Titi Serong , Zainuddin Osman berkata, kira-kira 400 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai dalam tempoh tidak sampai sejam.
 
"Pemberian ini merupakan sebahagian daripada program amal yang dilakukan kedua-dua wakil rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadhan 
 
“ Walaupun mempunyai jadual yang padat di bulan Ramadhan , kedua-dua wakil rakyat ini sempat juga meluangkan masa mengedar sendiri bubur lambuk kepada orang ramai” katanya
Menurutnya, program edaran bubur lambuk ini walaupun ringkas namun ianya menjadi bukti kesungguhan wakil rakyat menjalinkan ikatan silaturrahim dengan orang awam.
 
“Selain membuat kerja amal, edaran bubur lambuk juga mengeratkan silaturrahim wakil rakyat dengan orang awam.
 
 “Proses memasak bubur lambuk pula memumpuk semangat kerjasama kerana dilakukan secara gotong royong “katanya
 
Kedua-dua wakil rakyat ini mengambil peluang beramah mesra dengan orang ramai semasa mengedarkan bubur lambuk berkenaan.

Turut serta mengedarkan bubur lambuk ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim
 
Sekitar program edaran bubur lambuk
 
 
 
 

300 fakir miskin dibantu sempena Ramadhan


PARIT BUNTAR : Seramai 300 orang fakir miskin dalam kawasan Parlimen Parit Buntar menerima bantuan berbentuk wang tunai dan beras sempena bulan Ramadhan. 
 
Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini diadakan di dua tempat berasingan iaitu peringkat DUN Titi Serong yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong pada 27 Julai 
 
Manakala peringkat DUN Kuala Kurau diadakan di Markas PAS Kuala Kurau, Batu 13 pada 28 Julai. 
 
Pengarah Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa berkata, majlis anjuran PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong ini adalah diantara beberapa program yang diatur oleh Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar bagi membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan. 
 
“ Seramai 160 orang fakir miskin dalam DUN Titi Serong dan 140 orang fakir miskin dalam DUN Kuala Kurau menerima sumbangan di majlis yang diadakan.
 

”Hari ini kita mengumpulkan fakir miskin dan memberikan bantuan, untuk meringankan beban mereka menghadapi bulan Ramadhan ini,”katanya ketika ditemui selepas majlis.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan ADUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Hussain yang berusaha mengumpul dana Ramadhan dari dalam dan luar kawasan Parit Buntar.

“ Saya juga ucapkan terima kasih kepada Pegawai di Pejabat Parlimen dan DUN Titi Serong, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang turut berusaha mencari dana Ramadhan pada tahun ini. 

 
“ Hasil kerjasama wakil rakyat dan semua yang terlibat, pihak jawatankuasa berjaya membuat penambahbaikan untuk program ehya’ dan infaq Ramadhan tahun ini” katanya
 
Sementara itu, Dr. Mujahid dalam ucapannya semasa program terharu dengan sokongan penyumbang yang memahami bahawa pada harta mereka ada hak untuk golongan yang memerlukan.

“ Allah tetapkan hak golongan miskin pada harta yang kita peroleh, bersyukurlah golongan yang berharta memahami hak ini dan memberi sumbangan melalui jawatankuasa infaq yang kami wujudkan.

 
 “ Ini juga sebagai tanda kasih golongan berharta kepada golongan memerlukan. Semoga ada keberkatan pada harta mereka dan dipermudahkan urusan mereka.”katanya

PhotoSeorang penerima sumbangan yang ditemui, Wahid Hashim, 58 dari Tebuk Haji Musa berterima kasih kepada PAS Parit Buntar yang memberi bantuan setiap kali bulan Ramadhan.
 
“ Pak Cik yang bekerja bendang ini pendapatan kecil, bila ada yang memberi sumbangan tentulah berasa gembira kerana ringan sedikit beban .
 
“ Terima kasihlah kepada PAS Parit Buntar dan wakil rakyat yang membantu kami” katanya
 
Mohd Rashid Hamzah, 63 pesawah dari Sungai Kota turut berterima kasih kepada PAS Parit Buntar yang sentiasa membantu golongan miskin di Parit Buntar.
 
“ Saya nak ucap terima kasih kepada PAS dan wakil rakyat Parlimen dan Dun yang berusaha bantu orang miskin di Parit Buntar
 
“ Program bantuan yang PAS Parit Buntar anjur ini sangat baik kerana membantu banyak orang-orang susah” katanya
 
Turut Hadir ialah Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husain, Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.
 
Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin