PARIT BUNTAR : Kempen memungut
tandatangan petani dari seluruh negara bagi menuntut kenaikan harga lantai padi
dijalankan Bela Tani Malaysia kini semakin memuncak apabila sebanyak 7000
tandatangan dikumpul dalam tempoh sebulan.
Pengerusinya, Mohd Sobri Said berkata,
kempen jelajah penerangan terhadap tuntutan harga lantai padi dijalankan di
tiga negeri meliputi Kedah, Pulau Pinang dan Perak mendapat sokongan golongan
petani.
Menurutnya, perjuangan menuntut kenaikan
harga lantai padi sebanyak RM 1.35 perkilogram daripada harga di selaras
kerajaan iaitu RM 1.20 perkilogram akan dijalankan sehingga mendapat perhatian
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Pusat.
“ Objektif perjuangan kami adalah
menuntut jawapan kementerian saranan menghapuskan peranan orang tengah yang
terlibat dalam urusan pembelian hasil padi
“ Dalam isu ini, kementerian tidak
menjelaskan pihak mana dimaksudkan sebagai orang tengah dalam urusan itu.
Manakala bagi petani, peranan orang tengah seperti broker dan pengusaha padi
memberi lebih kebaikan berbanding keburukan” katanya
Beliau berkata demikian pada sidang
media selepas Majlis Taklimat dan Dialog Khas Tuntutan Kenaikan Harga Padi
bersama Bela Tani dan Badan Bertindak Pesawah Malaysia di Markas Pas Titi
Serong di sini, kelmarin.
Hadir sama Pengerusi Badan Bertindak
Pesawah Malaysia Mohd Fuad Yaacob dan Adun Titi Serong , Abu Bakar Hussain.
Mohd Sobri berkata, petani turut
membantah padi ditetapkan pada harga mandatori RM 1,200 pertan metrik bukannya
RM 1350 pertan metrik seperti ditetapkan sewaktu negara mengalami krisis
kemasukan beras import pada tahun 2008.
Jelasnya, kenaikan harga lantai padi
tidak menyebabkan kenaikan harga beras berikutan ia sudah dinaikkan sejak tujuh
tahun lalu.
“ Jika takut harga beras naik, mengapa
kerajaan tidak menambah subsidi harga padi ? Selain itu, kami turut menuntut
agar pemutuan beras diletakkan pada tahap siling 18 peratus” katanya
Beliau berkata, selama ini kilang swsata
bersetuju dengan idea itu, namun hasrat
berkenaan dihalang kawal selia jika potongan kurang kerajaan terpaksa
mengeluarkan lebih banyak subsidi
berdasarkan berat padi kepada petani yang mengeluarkan hasil berkualiti.SH
Sekitar Majlis Taklimat dan Dialog Khas bersama Bel Tani