This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 7 October 2013

ADUN Titi Serong rai 100 peserta tadarus di majlis Khatam Al-Quran

PARIT BUNTAR  : Lebih 100 peserta tadarus Al-Quran anjuran Halwa Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Kurau menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada 19 Ogos 2013 di Markas PAS MTD Kuala Kurau , Batu 13 di sini. 
Perasmian majlis penutup Khatam Al-Quran disempurnakan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain. 

Pengarah Halwa MTD Kuala Kurau , Norijan Omar berkata, program tadarus Al-Quran ini telah diadakan dalam bulan Ramadhan dengan diketuai Ustazah Azizah Haji Awang. 

“ Program tadarus pada tahun ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kaum wanita dalam DUN Kuala Kurau ini. 

“ Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini adalah kemuncak kepada program tadarus yang kita adakan pada bulan Ramadhan yang lalu” katanya 
Sementara itu, Ustaz Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Halwa MTD Kuala Kurau kerana berjaya menganjurkan program tadarus Al-Quran dan mendapat sambutan baik dari kaum wanita.

“Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadhan.

“ Amalan tadarus ini amat baik bagi mempertingkatkan mutu dan ketepatan bacaan masing-masing.

Beliau berharap amalan tadarus Al-Quran tidak terhenti hanya di bulan Ramadhan sebaliknya diteruskan dalam bulan – bulan lain.

“ Amalan tadarus yang dilakukan dalam bulan Ramadhan hendaklah diteruskan di luar Ramadan walaupun Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. 

“ Begitu juga amalan lain seperti berpuasa, sembahyang berjemaah , sembahyang tahajjud dan witir “ katanya

Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta tadarus telah disempurnakan oleh Hajah Norain Omar isteri kepada ADUN Titi Serong.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah MTD Kuala Kurau Abdul Bahrain Desa dan Pengerusi Badan Kebajikan Kuala Kurau Haji Muhammad Abdullah.
 
Sekitar program Majlis Khatam Al-Quran

ADUN Titi Serong, Ahli Parlimen rai anak yatim, guru Pasti , murabitun

PARIT BUNTAR : Kedatangan syawal tahun ini pasti disambut ceria oleh 250 orang anak yatim yang menerima sumbangan hamper dan duit raya daripada PAS Kawasan Parit Buntar.
Turut merasai kegembiraan mendapat sumbangan ialah guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) , aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar dan murabitun.

Kesemua mereka diraikan semasa Majlis Iftar Perdana bersama Anak Yatim yang diadakan di Dewan Taman Kerian Permai pada 4 Ogos lepas.

Johan Qari Kebangsaan 2013, Ustaz Anuar Hasin turut bersama meraikan anak-anak yatim dan memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sementara menanti waktu berbuka puasa.

Pengarah program, Abdul Baharin Mat Desa berkata, Majlis Iftar Perdana ini adalah kemuncak bagi  program ehya’ Ramadhan yang merangkumi program sumbangan pengimarahan masjid dan surau,pesakit hospital, fakir miskin dan guru Al-Quran serta iftar (berbuka puasa) perdana bersama-sama anak yatim, guru pasti bersama pimpinan PAS Parit Buntar.
“Dalam majlis pada hari ini sejumlah 250 anak-anak yatim , guru pasti dan murabitun telah diraikan dengan sumbangan duit raya dan cenderahati.
“Kira-kira 300 tetamu hadir termasuk pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Nisa', Unit Amal dan cawangan-cawangan” katanya 

Bahrain berkata, sejumlah RM80,000.00 dikumpulkan tahun ini untuk Infaq Ramadan bagi menjayakan program kebajikan anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong. 
“ Gerak kerja mencari dana bagi program Ramadhan ini telah bermula sejak bulan Jun yang lalu.

“ Setiap jawatankuasa PAS yang terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Urusan Ulama' termasuklah Ahli Parlimen, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain diminta mencari dana bagi menjayakan program ini” katanya

Beliau melahirkan kesyukuran kerana semua majlis yang dirancang sepanjang Ramadhan dapat berjalan lancar dan tersusun.

“ Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyumbang yang banyak memberikan sumbangan dalam bentuk tunai, beras serta barangan keperluan dapur untuk kami serahkan kepada masyarakat yang memerlukan di Parit Buntar

“ Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis ini termasuk Unit Amal, Ameerah dan Nisa’ Parit Buntar serta PAS Cawangan yang sentiasa memberi kerjasama” katanya

Turut sama meraikan majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr. 
Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari serta Pengerusi DHPP Parit Buntar, Ricky Tang .
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar , ADUN Titi Serong , Jawatankuasa PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Unit Amal, Amerah , Nisa’ dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya di Parit Buntar.
 
Sekitar Majlis Iftar Perdana Bersama Anak Yatim