Friday, 19 July 2013

Adun Titi Serong gotong royong bersih masjid


PARIT BUNTAR, 7 Julai : Adun Titi Serong, Ust. Abu Bakar Husin bersama penduduk dalam qariah Masjid Sungai Kota telah bergotong royong membersihkan masjid dalam program Gotong Royong Perdana Masjid Sungai Kota. 
 
Program yang berjalan separuh hari itu turut disertai anggota Unit Amal dan Nisa’ Parit Buntar.
 
Ust. Abu Bakar Husin mengucapkan terima kasih kepada penduduk dalam qariah  yang turun beramai-ramai menyertai aktiviti gotong royong tersebut.
 
“ Saya ucap terima kasih kepada penduduk yang datang beramai-ramai membantu membersihkan masjid dan kawasan persekitarannya.  Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan.
 
“ Program hari ini juga dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan penduduk dalam qariah . 
 
Beliau berharap agar masjid dan kawasan persekitarannya dapat dijaga dengan baik.
“Saya sangat berharap agar masjid dan kawasan persekitarannya dapat dijaga dengan baik dan menjadi sebuah masjid yang bersih dan indah. 
 
“ Saya juga berharap kerja-kerja amal jariah untuk membersihkan kawasan masjid ini juga dapat diadakan lebih kerap supaya ia sentiasa bersih dan indah” Ujar beliau yang turut meluangkan masa bersama penduduk membersihkan sendiri kawasan masjid.
 
Menurutnya, program gotong-royong seumpama ini tidak akan terhenti di sini sahaja malahan Pusat Khidmat Dun Titi Serong akan mengatur program yang sama untuk masjid dan surau lain dalam dun Titi Serong.
 
"Marilah kita bersama menggerakkan aktiviti gotong royong yang selama ini seakan pupus dalam masyarakat kita sendiri.  
 
“ Aktiviti gotong royong patut disemaikan kepada masyarakat agar mereka merasai kemanisan langkah baik tersebut, " katanya.
 
Justeru itu, beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak meminta semua cawangan PAS menggerakkan aktiviti itu sebagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bersama masyarakat. 
 
Turut hadir dalam program gotong royong berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.
 
Sekitar aktiviti gotong royong membersih masjid 
 

0 comments:

Post a Comment