This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 19 July 2013

Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong beri sumbangan kepada masjid, surau

 
PARIT BUNTAR : PAS Kawasan Parit Buntar memperuntukkan sejumlah RM 16,000 kepada semua masjid dan surau di dalam kawasan itu bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surautersebut telah diadakan dalam satu majlis di Masjid Mahyuddin Batu Lima, 7 Julai lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan Abdul Bahrain Desa berkata, sumbangan itu melibatkan kira-kira 27 buah masjid dan 110 buah surau.


"Sumbangan kepada masjid dan surau ini adalah antara salah satu program Infaq Ramadhan yang dianjurkan oleh PAS kawasan dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar serta DUN Titi Serong. 
"Program seperti ini telah dijalankan setiap tahun hasil daripada sumbangan serta kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya.
 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Parit Buntar,Dato'Dr Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya pada majlis tersebut menggesa supaya masjid dan surau di kawasan itu diimarahkan dengan penganjuran pelbagai program bagi mendekatkan masyarakat kepada program-program keagamaan dalam bulan yang mulia ini.


Beliau meminta supaya pintu masjid dan surau dibuka seluas-luasnya agar umat Islam dapat melakukan ibadat di rumah Allah ini.


"Jadikan masjid dan surau sebagai pusat tumpuan ibadah sepanjang Ramadhan ini. 


"Galakkan kaum keluarga seramai mungkin mengunjungi rumah Allah ini untuk berbuka puasa, solat tarawih, bertadarus, berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT.


"Jangan sempitkan ruang masjid hanya untuk bersolat sahaja sebaliknya banyak ibadah yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan ini." jelas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.


Dalam majlis itu juga, PAS turut menyerahkan takwim dan buletin Ramadan untuk diedarkan kepada qariah.


Hadis sama ialah Adun Titi Serong Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Ustaz Harun Hashim dan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.
 

Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan 
 
 
 
 
 
 
 

Adun Titi Serong kesal pemaju tindas pembeli


Pembeli kesali sikap pemajuPARIT BUNTAR : Tindakan sebuah syarikat pemaju perumahan menaikkan harga sebanyak 16 peratus bagi setiap lot rumah berbanding harga asal yang ditawarkan enam tahun lalu menyebabkan tiga pembeli tidak puas hati.

Wakil pembeli, Tee Ren Lun, 27 memaklumkan, dia bersama beberapa pembeli lain menempah rumah teres dua setengah tingkat di Taman Kerian Permai pada 2006 lalu melalui sebuah syarikat pemaju lain yang bertindak sebagai orang tegah.

Menurutnya, harga asal yang ditawarkan untuk rumah yang dibelinya adalah RM338,010 dan dia telah membayar deposit sebanyak RM3,000 tetapi tidak dimaklumkan oleh wakil pemaju berkenaan tempoh rumah siap dibina. 

 
"Baru-baru ini kami terima panggilan telefon daripada peguam yang mewakili pemaju memaklumkan harga rumah telah dinaikkan kepada RM380,000. Alasannya, pemaju terpaksa tanggung kos pembinaan yang semakin meningkat.

"Kami diberi tempoh untuk berfikir selama seminggu dari tempoh panggilan berkenaan dan dimaklumkan unit rumah yang ditempah akan ditawarkan kepada pembeli lain sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh berkenaan," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar, di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media berkenaan adalah Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussin.

Ree Lun berkata, dia serta pembeli lain kesal dengan sikap pemaju perumahan terbabit yang dilihat seolah-olah cuba menipu pembeli dengan menaikkan harga rumah pada kadar terlalu tinggi.
Dia memaklumkan bahawa kebanyakan pembeli yang telah membayar deposit sebelum ini tidak diberikan resit pembayaran dengan pelbagai alasan.

"Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembeli mengenai pemaju perumahan terbabit mungkin cuba mengelak dari mengembalikan wang deposit sekiranya pembeli tidak setuju dengan harga baru yang ditawarkan.

"Kami langsung tak sangka perkara begini boleh terjadi kerana yakin dengan ketelusan pemaju. Kerana itu kami gesa pemaju lebih prihatin dengan rintihan hati pembeli dan kekalkan harga asal rumah terbabit," katanya.

Tambahnya, laporan serta aduan telah dikemukakan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah serta wakil rakyat bagi memastikan tindakan susulan diambil ke atas pemaju terbabit.

Sementara itu, Abu Bakar kesal dengan sikap pemaju terbabit yang dilihat seperti cuba menindas pembeli.

Katanya, keadaan yang dialami pembeli-pembeli rumah itu menunjukkan pemaju seolah-olah tamak dan cuba mengetepikan hak pembeli.

"Dari segi moral, kes ini cukup menjengkelkan. Saya gesa tindakan keras diambil ke atas pemaju termasuk menarik balik lesen kontraktornya serta-merta sekiranya mereka gagal mengekalkan harga asal yang ditawarkan kepada pembeli," tegas beliau.SH

Adun Titi Serong gotong royong bersih masjid


PARIT BUNTAR, 7 Julai : Adun Titi Serong, Ust. Abu Bakar Husin bersama penduduk dalam qariah Masjid Sungai Kota telah bergotong royong membersihkan masjid dalam program Gotong Royong Perdana Masjid Sungai Kota. 
 
Program yang berjalan separuh hari itu turut disertai anggota Unit Amal dan Nisa’ Parit Buntar.
 
Ust. Abu Bakar Husin mengucapkan terima kasih kepada penduduk dalam qariah  yang turun beramai-ramai menyertai aktiviti gotong royong tersebut.
 
“ Saya ucap terima kasih kepada penduduk yang datang beramai-ramai membantu membersihkan masjid dan kawasan persekitarannya.  Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan.
 
“ Program hari ini juga dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan penduduk dalam qariah . 
 
Beliau berharap agar masjid dan kawasan persekitarannya dapat dijaga dengan baik.
“Saya sangat berharap agar masjid dan kawasan persekitarannya dapat dijaga dengan baik dan menjadi sebuah masjid yang bersih dan indah. 
 
“ Saya juga berharap kerja-kerja amal jariah untuk membersihkan kawasan masjid ini juga dapat diadakan lebih kerap supaya ia sentiasa bersih dan indah” Ujar beliau yang turut meluangkan masa bersama penduduk membersihkan sendiri kawasan masjid.
 
Menurutnya, program gotong-royong seumpama ini tidak akan terhenti di sini sahaja malahan Pusat Khidmat Dun Titi Serong akan mengatur program yang sama untuk masjid dan surau lain dalam dun Titi Serong.
 
"Marilah kita bersama menggerakkan aktiviti gotong royong yang selama ini seakan pupus dalam masyarakat kita sendiri.  
 
“ Aktiviti gotong royong patut disemaikan kepada masyarakat agar mereka merasai kemanisan langkah baik tersebut, " katanya.
 
Justeru itu, beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak meminta semua cawangan PAS menggerakkan aktiviti itu sebagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bersama masyarakat. 
 
Turut hadir dalam program gotong royong berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.
 
Sekitar aktiviti gotong royong membersih masjid 
 

Adun Titi Serong rai kejayaan pelajar Pasti Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin meluangkan masa meraikan pelajar Pasti Parit Buntar yang menjadi naib johan pertandingan bola jaring pada Pesta Sukan Pasti Malaysia yang diadakan di Stadium Suka Menanti, Sultan Abdul Halim, 29 Jun lalu.
 
Pasti Parit Buntar yang mewakili Pasti Perak tewas tipis 7-9 kepada Pasti Pulau Pinang dalam perlawanan akhir.
 
Ust. Abu Bakar yang juga Pesuruhjaya Pas Perak mengucapkan tahniah kepada pelajar Pasti Parit Buntar yang telah mengharumkan nama Pasti Parit Buntar dan Pasti Perak.
 
“ Walaupun tidak berjaya menjadi johan,  kesungguhan dan kemampuan anak-anak Pasti Parit Buntar sehingga mencapai kejayaan pada tahap ini seharusnya dipuji.
 
“ Segala usaha dan latihan berterusan dengan bimbingan jurulatih akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan Pasti Parit Buntar dan Pasti Perak” katanya semasa ditemui dalam majlis meraikan kejayaan Pasti Parit Buntar di Kampung Kedah, Parit Buntar" katanya 
 
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada guru dan ibu bapa pelajar Pasti yang turut sama memberi bantuan dan sokongan moral kepada pasukan bola jaring Pasti Parit Buntar.
 
" Kita mahukan pelajar Pasti mempunyai satu keupayaan yang amat memberansangkan bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah dalam bidang sukan” katanya
 
“ Pasti Parit Buntar sememangnya melahirkan ramai murid cemerlang yang bukan sahaja dari aspek kurikulum malah ko-kurikulum"katanya
 
Adun Titi Serong itu turut menyampaikan cenderahati penghargaan kepada semua pelajar Pasti yang mewakili Pasti Parit Buntar di Pesta Sukan Pasti Malaysia.