PARIT BUNTAR : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar terus menjalankan aktiviti
kebajikannya apabila baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada masyarakat
yang memerlukan.
Ketuanya
Rahimah Osman berkata, siri ziarah Dewan Muslimat PAS Parit Buntar sebelum ini
telah menemukan kami dengan masyarakat yang amat memerlukan bantuan.
“ Baru-baru
ini, kami telah turun menziarahi warga emas yang uzur dan sakit di Kampung
Perak.
“ Menariknya,
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pesuruhjaya PAS
Perak, Ust. Abu Bakar Hussain turut ikut serta bersama isteri masing-masing”
katanya
Rahimah
berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan telah menyampaikan sumbangan kepada warga
emas yang diziarahi.
“ rombongan
kami telah disertai AJK Unit Peti Undi (UPU) Kampung Perak yang membantu
mengenalpasti warga emas untuk diziarahi.
“ Warga emas
yang diziarahi , gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen dan Pesuruhjaya PAS
Perak ke rumah mereka”katanya
Katanya, Dewan Muslimat
PAS Parit Buntar sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan
cuba membantu sedaya upaya meringankan beban rakyat sekitar Kawasan Parit
Buntar.
"Kita melalui agenda negara berkebajikan akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa waktu.
"Kita melalui agenda negara berkebajikan akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa waktu.
“ Ziarah
warga emas di rumah bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa
sama boleh meringankan bebanan mereka” katanya
Sementara itu, Ust. Abu Bakar
Hussain memuji usaha Dewan Muslimat dan UPU Kampung Kedah terutamanya Ketua UPU
Abdul Aziz Zainon Abidin yang berusaha mengenalpasti warga emas bagi
membolehkan mereka diziarahi dan diberi sumbangan.
0 comments:
Post a Comment